Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, January 15, 2017

Bertapa ngerinya fitnah!

BETAPA MENGERIKANNYA FITNAH

Al-'Allâmah Ibnu 'Utsaimîn rahimahullâhu berkata :

❝ Manusia, selama ruhnya masih berada di dalam tubuhnya, maka akan sentiasa terdedah dengan fitnah...

Untuk itulah saya menasehatkan diri saya sendiri dan anda semua, agar sentiasa memohon kepada Allah, kemantapan di dalam keimanan.

Dan hendaknya anda semua merasa takut, kerana (pijakan) di bawah kaki kalian begitu licin, sehingga apabila Allah ﷻ tidak mengukuhkan (pijakan) anda maka anda akan tergelincir jatuh kepada kebinasaan...

Dengarkanlah firman Allah ﷻ kepada Rasul-Nya ﷺ, manusia yang paling kukuh dan kuat keimanannya seperti berikut   :

وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا

Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka
(QS al-Isrâ (17) : 74)

Apabila terhadap Rasulullah ﷺ saja demikian, lantas bagaimana dengan kita??!

Orang-orang yang lemah keimanan dan keyakinannya!

Yang tidak akan terlepas dari berbagai syubuhat dan syahawat...

(Sungguh!!) Kita berada di dalam bahaya yang besar!

Kerana itu, hendaknya kita sentiasa memohon kepada Allah ﷻ agar dikukuhkan di atas kebenaran, dan agar Allah tidak memalingkan hati kita (kepada kesesatan).

Inilah doa yang sentiasa dipanjatkan oleh ulil albâb (orang² berakal) :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

"(Wahai) Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami."


[Syarah al-Mumti' V/388]

No comments:

Related Posts with Thumbnails