Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, October 1, 2017

Histeri di DUN Lama Kuching!


KUCHING: Festival Praktikum Seni 2017 yang berlangsung di DUN Lama di sini malam tadi terpaksa dibatalkan berikutan berlakunya serangan histeria kepada kebanyakan peserta persembahan.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam ketika kumpulan kedua sedang mengadakan persembahan.

“Ketika tarian sedang berlangsung di atas pentas, kami terdengar jeritan dari belakang pentas. Dan ia bukan sebahagian daripada persembahan.

“Beberapa  peserta, lelaki dan perempuan selepas itu kelihatan rebah,” kata seorang saksi.

Seorang saksi lain memberitahu, ada antara yang mengilai sebelum pengsan dan menjangkiti rakannya yang lain yang terus menangis dan ketakutan.

“Keadaan amat menggemparkan dan menakutkan, apatah lagi dalam suasana dewan bergelap dan sejuk,” katanya.

Beberapa saksi turut melihat ada peserta yang histeria melarikan diri, namun sempat ditangkap.

Difahamkan, pihak penganjur, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri telah memanggil pengamal perubatan Islam untuk menenangkan sebahagian peserta yang menjadi mangsa, dan usaha ini dikatakan berlangsung hingga lebih jam 11 malam tadi.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh sarawakvoice.com, ia bukan kali pertama gangguan makhluk halus berlaku di dewan tersebut.

Sumber: sarawakvoice.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails