Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, November 13, 2017

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

👥 👥 👥 👥 👥 👥 👥 👥

*السَّلاَمُ َعَلَيْكُمَُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ*


📝 *BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA* 👥
Oleh: Al Fadhil Maulana Johari bin Muhammad Ali Al-Jenderaki
-12.11.2017
Surau Al Quddus,
Taman Sri Wangi, Kuching
----------------------------
*Firman Allah swt:-*

Al-Isra' 17:23

*وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا*

_*Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).*_

Al-Isra' 17:24

*وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا*

_*Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."*_

Dalam ayat-ayat di atas, Allah swt beritahu kita 6 perkara mengenai berbuat baik kepada ibu bapa iaitu :

1. Permulaan Surah Al Isra' Ayat 23 adalah tentang hukum yakni *Allah perintah bahawa tidak boleh sembah selain dari Allah swt.*

Selepas itu, Allah datang ayat selepas itu supaya *kita berlaku ihsan atau berbuat baik terhadap ibu bapa.*☝🏼

🗝 *Ihsan kpd ibubapa bermaksud buat baik tanpa mengira atau  perhitungan.*

🗝 Kalau seseorang *mengungkit kebaikannya* kepada ibu bapa *belum tentu dia berlaku ihsan,* contoh;
1. mengungkit beri RM1,000 sebulan kepada ibu dan bapa atau
2. dia yang menjaga ibu atau bapa selama ini.

2. Seandainya mencapai usia tua orang tua kita, *jangan berkata ah (oh) kepada mereka.*

Apatah perkataan seperti perkataan tidak baik yang lain seperti "si nyanyuk" dan sebagainya lafaz yang tidak elok. ☝🏼 *Ia haram sama sekali dilafaz kepada ibu bapa. Ini ketetapan daripada Allah swt.*

3. Seandainya mencapai usia tua (kerana ketika usia ini, perkara buruk sebegini selalu berlaku, kerana orang tua kita sudah tidak mampu/ berdaya), ☝🏼 *jangan sekali-kali perkataan kita menjadi pisau kepada orang tua kita. Solat berjuta kalipun, belum tentu dosa terhadap ibubapa terhapus dan api neraka tetap menanti kita.*

☝🏼 *Jangan mengherdik mereka berdua.*

Cth :-
a. Asyik-asyik suruh saya...
b. Makanlah!

*Apabila bersama mereka, bernada baiklah ( lembut) kepada mereka.*

Kisah: Satu hari Rasulullah mencari Tsabit r.a., Baginda ke rumah Tsabit dan nampak Tsabit begitu bersedih. Apabila ditanya Tsabit menyatakan beliau tinggi suaranya daripada Rasulullah saw sedangkan ada perintah supaya jangan kamu bernada lebih tinggi daripada Rasulullah saw. Untuk itu Tsabit berasa begitu sedih dan menganggap dirinya ahli neraka. Begitulah taqwanya para sahabat.

4.  *Ucapkan kepada mereka ucapan yg mulia (qaulan kariima) iaitu lafaz yg elok dan nada yg baik.*

☝🏼 *Kalau Allah uji kita kepada ibu bapa yg kita yang kurang pendengaran. Maka jangan kita tinggikan nada suara kita, takut mereka rasa tersinggung.*

5. *Rendah sayap kamu (rendah diri kamu) terhadap mereka kerana kita menghormati mereka.*
☝🏼⭐ *Kedua mereka adalah pintu syurga kita.*

⭐⭐⭐⭐🗝 Kalau kita masih ada orang tua, itu adalah rahmat daripada Allah. Allah beri kita peluang utk berkhidmat kepada mereka.

6. *Rahmati mereka. Sentiasa berdoa untuk mereka.*


📝 *BERBAKTI KEPADA ORANG TUA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA*

Hadis:

*عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا قَالَ نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا*

_*Dari Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As Sa’idi ia berkata, “Ketika kami sedang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba ada seorang laki-laki dari bani Salamah datang kepada beliau. Laki-laki bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?” beliau menjawab: “Ya. Mendoakan dan memintakan ampunan untuk keduanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka.”*_
(HR ABU DAUD No: 4476)

⭐⭐⭐ *Kita boleh berbuat baik kepada ibu bapa kita walaupun keduanya telah meninggal dunia. Antaranya:*

1. *Solat jenazah ke atas mereka.*

2. *Sentiasa mendoakan dan memohon keampunan untuk mereka.*

3. *Melunaskan hajat dan janji mereka. Melunaskan apa yang pernah mereka lafazkan.*

4. *Menyambung semula silaturrahim dengan saudara mara kedua orang tua. Carilah mereka, dan jalin silaturrahim.*

5. *Memuliakan sahabat dan teman kedua ibu bapa kita.*

Dalam sebuah hadis lain diceritakan kisah Abdullah bin ‘Umar r.a.:

*عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا خَرَجَ إِلَى مَكَّةَ كَانَ لَهُ حِمَارٌ يَتَرَوَّحُ عَلَيْهِ إِذَا مَلَّ رُكُوبَ الرَّاحِلَةِ وَعِمَامَةٌ يَشُدُّ بِهَا رَأْسَهُ فَبَيْنَا هُوَ يَوْمًا عَلَى ذَلِكَ الْحِمَارِ إِذْ مَرَّ بِهِ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ أَلَسْتَ ابْنَ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ قَالَ بَلَى فَأَعْطَاهُ الْحِمَارَ وَقَالَ ارْكَبْ هَذَا وَالْعِمَامَةَ قَالَ اشْدُدْ بِهَا رَأْسَكَ فَقَالَ لَهُ بَعْضُ أَصْحَابِهِ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ أَعْطَيْتَ هَذَا الْأَعْرَابِيَّ حِمَارًا كُنْتَ تَرَوَّحُ عَلَيْهِ وَعِمَامَةً كُنْتَ تَشُدُّ بِهَا رَأْسَكَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْ أَبَرِّ الْبِرِّ صِلَةَ الرَّجُلِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ وَإِنَّ أَبَاهُ كَانَ صَدِيقًا لِعُمَرَ*

_*Pada suatu hari Abdullah bin ‘Umar dalam perjalanan ke Mekah dengan menunggang keldai dan memakai serban di kepalanya. Ketika sampai di sebuah tempat beliau terserempak dengan seorang lelaki badwi. Abdullah lantas menegurnya: “Bukankah kamu ini anak si fulan bin si fulan?” Apabila lelaki itu mengakuinya, Abdullah memberikan keldai dan serbannya kepada lelaki tersebut. Selepas itu para teman Abdullah memujinya atas perbuatan tersebut. Berikutan itu Abdullah berkata: “(Tindakanku itu didorong) oleh sebuah hadis yang aku dengar daripada Rasulullah SAW: Antara kebajikan terbaik seorang lelaki adalah berbuat baik kepada orang yang dikasihi oleh bapanya selepas kematiannya.” Menurut maklumat, bapa kepada lelaki badwi itu adalah teman kepada Sayyidina ‘Umar al-Khattab.*_
(Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud dan Sunan al-Tirmizi).

⭐⭐⭐ *Rezeki yang murah dan usia dilanjutkan dikurniakan oleh Allah kepada kita sekiranya menyambungkan silaturrahim dengan saudara mara kita dan adik beradik kita.*

Keberkatan usia juga bermakna umur yang baki kita ada itu diisi dengan amalan soleh dan mulia. Cthnya Imam Nawawi, walaupun usianya cuma sehingga 45 tahun tetapi amalan kebaikan bagai 85 tahun. Itulah keberkatan umur/ usia.

https://muslim.or.id/671-biografi-ringkas-imam-nawawi.html


🗝☝🏼 Kalau pernah bertelingkah antara orang tua kita dengan saudaranya, maka tugas kita ialah sambungkan semula silaturrahim tersebut.

🗝 ⭐⭐⭐ Ramai mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka ialah mereka yang sentiasa mesra dan jalinkan silaturrahim dengan saudara mara mereka.

⭐⭐⭐ *AMALAN ZIKIR*

Hadis direkodkan Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu katanya :

Sesungguhnya Rasulullah swt telah bersabda :

*"Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali zikir berikut iaitu :*

*لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ*

Artinya:
_Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang tunggal, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu._

*Nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis bagi 100 kebajikan, dihapuskan 100 dosa kejahatan, terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu, melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya.*
(HR.Bukhari no. 3293, Muslim no. 2691)

Moga bermanfaat.
Salam Silaturrahim
ARAR

No comments:

Related Posts with Thumbnails