Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, April 25, 2010

Sihir Jerutan!


Sihir jerutan ini mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu. Ini disebabkan oleh kelemahan alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.

Rangsangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan. Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks. Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya. Namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta. Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.

Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut:

1. Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awaknya mempunyai ketegangan alat kelamin suami. Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu. Pernah berlaku dimana pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu idengan seorang isteri, tetapu tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh. Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.


Ada diantara beberapa pasangan suami-isteri yang telah bernikah selama 5 hingga 7 tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi. Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.


CARA RAWATAN PERUBATAN:

1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit perlu berjumpa dengan perawat untuk proses rawatan.

2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.

3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.


ANTARA SENARAI IKHTIAR BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN JIN DAN SIHIR:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Az-Zukhruf ayat 35 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

-syifa_alhidayah-

No comments:

Related Posts with Thumbnails