Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, June 22, 2010

"Histeria".. Angkara Siapa?




Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis.

Antara Kronologi:

Kejadian 1. Semasa berkhidmat sebagai pegawai di BN 3/502 AW. Beberapa rekrut wanita disampok makhluk halus. Kata ustaz yang merawat mereka, kononnya mereka membuang tuala wanita ke lubang tandas. Jadi makhluk halus ini marah, dirasuknya mereka ini sampai tak sedar diri selama 2 hari. Teruk juga ustaz yang merawat mereka kerana mereka menjadi ganas dan terpaksa di kurung untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Suara pun berubah jadi keras.

Kejadian 2. Pernah suatu masa dahulu sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah ditutup akibat kes Histeria. Berpuluh pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja tiba-tiba histeria. Puncanya apabila seorang pekerja wanita pergi ke tandas ternampak satu lembaga sedang menjilat darah. Pekerja wanita itu terus menjerit dan kena histeria. Ia berjangkit dengan cepat dan satu “assembly line production” kena histeria. Yang belum dirasuk. Pekerja ini diasingkan. Hanya pekerja wanita melayu sahaja yang kena histeria. Pekerja wanita bukan Islam tidak dirasuk. Ini yang pelik kata Pengurus berbangsa Jepun. Kata pengurus itu pekerja melayu mungkin “stress” dan lemah semangat berbanding bukan Islam.

Kejadian 3. Sebuah Sekolah Menengah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Seramai 35 pelajar perempuan kena histeria. Kejadian misteri ini memperlihatkan sebilangan pelajar yang terlibat menjerit-jerit, bertutur dengan nada keras, meracau secara tiba-tiba, mengadu sakit sendi, berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur, berjalan terhoyang-hayang lalu rebah di lantai dan meronta-ronta seperti dirasuk. Lebih teruk lagi, ada yang mendapat kesan lebam dan gigitan di bahu serta bertindak agresif dengan cuba memanjat pagar sekolah. Keadaan ini sekali lagi memaksa kita cuba merungkai selirat misteri di sebalik kenapa histeria berlaku.

Jadi punca dan sebab dirasuk syaitan dan iblis.

1. Lemah semangat terutama kaum wanita semasa datang bulan. Rasa takut dan percaya kepada perkara-perkara seperti dirasuk hantu.

2. Tekanan mental yang amat sangat kerana sesuatu perkara penting seperti menhadapi peperiksaan, putus tunang dll.

3. Menganggu tapak makhluk halus atau kampungnya yang kita tak tahu. Ataupun waktu dahulu tempat ini ditanam tempayan atau pasu yang mengandungi saka atau iblis yang dibuang oleh bomoh.

4. Disihir oleh orang yang sakit hati. Kebanyakan menggunakan cara ini dengan berjumpa bomoh siam, indon dan orang asli.

5. Menuntut ilmu hitam. Kebanyakan belajar untuk menjaga diri sendiri atau untuk kelihatan cantik pada suami. Tetapi langgar pantang dan terlupa.

Di antara surah-surah yang sering kita baca ialah Ayatul Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Jika diteliti akan maksud dan tafsirannya, kita boleh dapati pengajaran mengenai meminta perlindungan Allah s.w.t dari kejahatan jin, manusia dan juga sihir.

Bagaimanakah Jin boleh bercakap dengan manusia?

Dalam cara untuk merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus ini hendaklah membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

1. pening-pening kepala
2. mabuk
3. muntah-muntah
4. menggeletar
5. pengsan
6. seram-sejuk
7. berdebar-debar

Sebahagian makhluk halus itu tidak tahan dengan surah-surah Al-Quran lalu terus meminjam lidah si pesakit untuk berkata-kata dengan si perawat. Biasanya, tujuan dia berkata ialah supaya dia dapat:

1. Marah orang yang perawat dan menyuruhnya berhenti membaca Al-Quran.
2. Menengking orang yang perawat dan mencabarnya
3. Meraung kesakitan (seperti: Aduuuh!! Sakitnya!!)
4. Meminta ampun dan minta supaya dia dilepaskan (Inilah yang kebanyakan berlaku)

Ringkasnya, makhluk halus ini akan berkata-kata dengan menggunakan lidah si pesakit.

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (Surah Al-Shad: ayat 79)

Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya (Surah Al-Shad: ayat 82)


Firman Allah swt:

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua'. (Surah Al Isra’ ayat:82)

Cara-cara untuk menghalang Jin menganggu manusia.

1. Banyak membaca surah-surah Al-quran dan terutama membaca ayatul kursi dan 3 qhul setiap kali solat waktu.
2. Sentiasa menjaga waktu solat.
3. Banyak berzikir.
4. Berdoa kepada Allah SWT dijauhi gangguan Jin dan Iblis dan dipeliharaNya.

Semuga kita dilindungiNya dan dipeliharaNya dari jin,Iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah SWT.

-wallahu'alam-

No comments:

Related Posts with Thumbnails