Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, January 25, 2011

Histeria Terbaru: Pelajar Cuba Cederakan Guru!

Lagi kes histeria menganggu pelajar sekolah..

(Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar kecil menunjukkan seorang pelajar yang cedera selepas diserang histeria.)


KES 1: Pelajar Histeria Menyerang Dengan Kaca dan Pisau

TELUK INTAN 25 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain.

Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.

"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.

"Selepas itu ia berjangkit pula kepada pelajar perempuan lain menyebabkan keadaan sekolah menjadi kelam-kabut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja kejadian histeria membabitkan pelajar perempuan reda, ia kemudian menyerang pelajar lelaki pula.

"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila seorang pelajar mengeluarkan pisau dan cuba menyerang pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan pelajar sekolah berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan juga mendapati cermin tingkap dan pasu bunga bertaburan akibat dipecah oleh pelajar-pelajar yang diserang histeria tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan ini bukan kali pertama kejadian histeria berlaku di kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu seorang pelajar, Noorhafidah Abdulah, 15, berkata, dia dan rakan-rakannya berharap pihak sekolah mencari jalan bagi mengatasi masalah histeria itu kerana ia mengganggu persekolahan dan menakutkan mereka.

"Kami tidak mahu pindah sekolah kerana sekolah ini mengeluarkan ramai pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.

Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.

"Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya 'dia' mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur," katanya.

Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.

----------------------------------------------------------------------


KES 2: Kolam Terbiar Punca Pelajar SMK Seri Sepang Dirasuk?

SEPANG 25 Jan. - Beberapa siri serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan pelajar dan guru sekolah terbabit.

Dikatakan kewujudan sebuah kolam terbiar dalam kawasan sekolah yang telah ditimbus kira-kira dua tahun lepas sebagai punca berlakunya dua kes kerasukan berturut-turut melibatkan pelajar.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu tengah hari ini menemui seorang pelajar perempuan tingkatan satu sesi petang yang tiba-tiba menangis kerana takutkan sesuatu.

Dia mendakwa melihat kelibat mengerikan sedang berlegar-legar di kawasan sekolah tersebut.

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku malah sejak akhir-akhir ini semakin kerap terjadi hingga terdapat kejadian pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurutnya, pelajar perempuan yang kerasukan itu meracau dan menghemburkan kata-kata kesat serta menuduh salah seorang pelajar sekolah itu memijak dan membunuh anaknya.

"Kejadian pada Jumaat lepas berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tiba-tiba berlari dan memanjat bangunan sekolah serta cuba melompat dari tingkat tiga sebelum berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Tetapi kejadian yang berlaku pagi Jumaat itu tidak berhenti di situ saja. Semalam sahaja, seramai 10 pelajar sesi petang sekolah ini pula telah dirasuk hingga menyebabkan waktu tamat sesi persekolahan terpaksa diawalkan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah juga telah berusaha untuk menghalau makhluk halus terbabit dengan memanggil beberapa pengamal perubatan Islam dan alternatif.

Namun sehingga petang ini masih belum terdapat tanda-tanda positif.

"Kami sudah memanggil beberapa orang yang mahir untuk menghalau makhluk halus ini tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda berjaya.

"Tetapi apa yang dimaklumkan kepada kami ialah tempat ini memang kawasan 'mereka', jadi memang tidak boleh dibuat apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, pengetua sekolah, Faridah Che Hussein enggan memberi komen tentang kejadian itu dan meminta isu tersebut diulas oleh Pengarah Pelajaran

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails