Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Thursday, January 5, 2017

Ditetak di Padungan!

Lokasi: Jalan Padungan, Kuching.

KUCHING: Seorang lelaki terpaksa menyelamatkan diri dengan berlari ke sebuah restoran selepas ditetak individu tidak dikenali di Jalan Padungan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berusia 30-an cedera di tangan kanan ketika cuma mempertahankan dirinya berhampiran restoran itu.

Bagaimanapun, penyerang itu melarikan diri selepas menyedari perbuatannya menarik perhatian orang ramai di kawasan kejadian.

Sumber berkata, mangsa yang berada dalam keadaan berlumuran darah, selain kelihatan bingung, melarikan diri ke sebuah restoran untuk mendapatkan bantuan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

(FOTO diambil daripada rakaman video menunjukkan keadaan mangsa ketika mendapatkan bantuan selepas ditetak seorang lelaki tidak dikenali - Sumber Ihsan Pembaca)

Sumber: Berita Harian
--------------------------------------------------

Salam Sejahtera YDH Dato/ Tuan

"Diserang"

📝1) Rpt : Pad/rpt/00058/17


2⃣ Mangsa/Pengadu :-
    Wong Too Sing (600519135403)

📝 Fakta kes ;-
Pada 05.01.17 jam lebih kurang 0907hrs, bertempat di 1st Floor Lot 348 Section 50 Jalan Padungan Utara 93100 Kuching Sarawak, Pengadu terima pangilan dari Managing Director Syarikat Bukit Young Goldmine Sendrian Berhad bernama : ADRIAN LING YEW HUANG maklum dengan saya.dia telah diserang dengan parang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di bahagian bawah pejabat di hadapan T1 Club. selepas itu lelaki tersebut terus melarikan diri dari kawasan tersebut kami bertiga telah pergi ke tempat tersebut dan mendapatkan beliau dan didapati beliau dalam keadaan berlumuran darah. pengadu dimaklumkan oleh orang yang berada di kedai kopi Mom's Laksa bahawa beliau mengalami dua kesan luka yang dalam di bahagian belakang badan dan darah mengalir keluar dengan banyak. tiga orang staf syarikat kami telah menghantar beliau ke Hospital Timberland menggunakan kereta syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut. beliau kini sedang berada di dalam bilik pembedahan untuk mendapatkan rawatan lanjut. saya buat laporan untuk siasatan pihak polis selanjutnya.sekian laporan saya

➡Hasil Soal/tindakan 

① IO Insp Kamafarhan telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

UTK MAKLUMAN YDH  DATO / TUAN. T/KASIH



No comments:

Related Posts with Thumbnails