Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, January 8, 2017

Kuliah oleh us. Mual..

*السَّلاَمُ َعَلَيْكُمَُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ*

📝 INTIPATI KULIAH SUBUH OLEH YBHG USTAZ MUAL BIN HAJI SUAUD PADA 7 JAN 2017, MASJID IKHWANUL ISLAM, KUCHING

🌟 Apabila berbuat baik, sebenar kita berbuat baik kepada diri kita sendiri.

☄Orang Biasa, membalas kebaikan dengan kebaikan

☄Orang Zalim, membalas kebaikan  dengan  keburukan.

☄Orang Berdendam, membalas keburukan dengan  keburukan.

☄Orang LUAR BIASA, membalas KEBURUKAN dengan KEBAIKAN.

Allah swt berfirman:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ

“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri” (QS. Al-Isra:7)

🌟 Sebaik2 manusia ialah mereka yang membuat manfaat kepada mereka yang lain.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ No: 3289).

🌟Allah muliakan mereka yang berbuat kebaikan.

🌟Allah akan jaga mereka yang jaga agama.

🌟Gunakan kuasa yang ada pada kita untuk melakukan amal kebaikan, kebajikan, berdakwah dan cegah kemungkaran.

Firman Allah swt:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

🌟Tujuan hidup kita untuk adalah membuat persediaan untuk bekalan akhirat kelak serta beroleh kejayaan di dunia dan juga akhirat.

Firman Allah swt:

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
(Surah Al Qiamah - Ayat 20)

وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
(Surah Al Qiamah - Ayat 21)

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
(Surah Al Qiamah - Ayat 22)

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Melihat kepada Tuhannya.
(Surah Al Qiamah - Ayat 23)

👳🏻Semoga Allah tetapkan hati kita untuk patuh dan taat kepadaNya. Aamiin.

Moga Bermanfaat.
ARAR

No comments:

Related Posts with Thumbnails