Malam 27 Mei 2009, telah menjadi satu tarikh yang bermakna apabila hasrat untuk mengadakan perjumpaan pada tarikh berkenaan menjadi kenyataan apabila 6 daripada 10 rakan yang agak sekian lama tidak dapat berkumpul dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing akhirnya terlaksana. Walaupun status diantara satu sama lain agak berbeza-beza ia tidak menghalang hasrat murni ini berjaya ditunaikan dengan izin Allah.
Perjumpaan bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid At-Taqwa, Gita dan setelah selesai solat kami memutuskan untuk bermesyuarah sambil menjamu selera di salah sebuah restoran di Matang Jaya.
Antara sahabat SIMAAS yang hadir pada malam tersebut ialah termasuklah;
1.Saya sendiri,Wan Sudirman, Editor SIMAAS (Mantan Presiden JPP), 2.Asri@Ajeri,Editor Kitab Kehidupan (Mantan Presiden GERSIS),
3.Hairi@Jalot (Mantan EXCO KAMSIS),
4.Wan Mohd Paisal (Mantan Pengerusi SILAT),
5.Usup (Mantan Presiden ORIENTASI) dan,
6.Sapiee@Pie (Mantan Ketua Lujnah)
Perkenalan awal kami adalah ketika masih menuntut di Politeknik Kuching Sarawak. Walau pun mengambil kursus dan jurusan yang berbeza namun semangat setiakawan ketika itu amat erat dan masih utuh sehingga ke hari ini. Alhamdulillah dan pujian kepada Allah yang telah menemukan kami dan memelihara hati diantara kami.
Dalam bab makanan,saya seperti biasa memesan makanan kegemaran iaitu satay dan tongkat ali dan sahabat-sahabat lain telah memesan menu mengikut selera masing-masing seperti nasi ayam penyek,kopi radix dan sebagainya.Memang agak berselera juga kami malam tersebut. Apa tidaknya sehingga 2 kali menempah makanan.
Memandangkan agak lama tidak berjumpa maka agak banyak juga cerita dan isu semasa yang diperbualkan pada malam berkenaan. Difahamkan seorang sahabat iaitu Hairi akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.Di kesempatan ini kami masing-masing tidak ketinggalan untuk mengirim doa kepada beliau untuk di bawa ke Tanah Suci nanti.Didoakan semoga ibadatnya diterima dan beliau selamat hendaknya.
Tidak lupa juga dalam pertemuan ini kami cuba membincangkan mengenai idea dan program akan datang supaya lebih bermanfaat bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara semua dimana sambil beriadah ia juga dapat merintis rahmat dan kasih sayang Allah disamping meningkatkan keyakinan terhadap ibadah kepada Allah,ilmu pengetahuan, pengalaman, motivasi, kesihatan, harapan dan cita-cita. Ia penting sebagai persiapan dalam menghadapi gelombang hidup yang semakin mencabar setiap hari.
Sekurang-kurangnya perjumpaan sebegini dapat menghilangkan sedikit sebanyak tekanan yang dihadapi dalam melayari bahtera kehidupan masing-masing.
Sebagai penghormatan, hasil pertemuan malam ini kami telah bersepakat untuk mengadakan program percubaan iaitu ‘Kembara Ibadah’ dimana ia khusus atas permintaan salah seorang sahabat SIMAAS. Walau bagaimana pun, jarak tempat, masa dan pengisian program akan dicadangkan kepada beliau melalui blog ini untuk ulasan dan pandangan dalam memenuhi kehendak dan keperluan beliau nanti.
Memang antara tujuan blog ini diterbitkan adalah untuk memaklum,menarik dan mengumpul seberapa banyak kenalan dan rakan lama supaya dapat menyertai komuniti ini disamping memperolehi informasi, perkembangan semasa, dan beriadah ia juga sebagai media untuk berhubung secara maya khusus kepada mereka yang berada jauh.
Oleh itu, penyertaan dari semua adalah dialu-alukan dalam komuniti ini.
Berikut adalah foto yang sempat diambil semalam;
(Kelihatan dari kiri: Editor SIMAAS, Usup dan Hairi)
(Dari kiri: Usup, Hairi dan Wan Mohd Paisal)
(Wajah terbaru Sapiee @ Pie)
(Asri @ Ajeri, Editor Kitab Kehidupan)
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Wednesday, May 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment