Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, August 9, 2009

Menumpang Kasih!


Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sejak akhir-akhir ini apatah lagi dalam keadaan dunia yang sedang dihantui oleh serangan wabak virus H1N1 (Selsema Babi) yang telah mencatatkan peningkatan kematian setiap hari dan ditambah pula sebahagian negeri di negara kita juga sedang diselubungi oleh jerebu telah sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan yang melanda ketika ini.

Dengan menyaksikan banyak sekolah2, universiti2, tempat2 awam yang lain telah ditutup buat sementara dan tidak kurang juga ramai yang disyaki telah dikuarantin untuk sekian tempoh bagi membendung wabak berkenaan telah sedikit mengusarkan banyak pihak. Semoga para perawat islam mendapat jawapan dengan mengambil kesempatan untuk melakukan RnD terhadap virus berkenaan serta kaitannya dengan gangguan jin berupa virus (ummi mildam).

Tidak cukup dengan itu, agak lama juga hujan yang diharapkan rahmat tidak turun membasahi bumi yang mana sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit keadaan jerebu, dapat melembabkan tanah dikebun-kebun, menyegarkan tanaman-tanaman yang mana dilihat sudah mula kelihatan kering dengan keadaan daun-daunnya menampakkan kekuningan dan tidak kurang juga yang telah jatuh ke bumi. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah kehendak dan ketentuan Allah SWT supaya kita dapat berfikir di atas semua kejadian berkenaan disamping apakah hikmah disebalik ujian dan cubaan yang sedang melanda sekarang. Apapun keadaan yang melanda, itu semua dibawah tadbir dan kekuasaan Allah, kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah jualah kita memohon pertolongan.

Dalam keadaan yang tidak menentu dan kurang sihat sekarang saya sedaya upaya cuba menghadkan aktiviti diluar serta mengelak ke tempat yang sesak dengan orang awam. Sekurang-kurangnya saya telah berikhtiar supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Kesempatan itu saya manfaatkan untuk aktiviti disekitar rumah sahaja. Dapat juga saya mengemaskan sedikit keperluan asas dalam rumah dan dilaman rumah pula saya berpeluang memeriksa dan membuang rumput disekitar tanaman yang diusahakan untuk keperluan sendiri sahaja yang mana agak lama juga tidak diperiksa sebelum ini. Ini bagi memastikan tanaman tersebut tidak diganggu oleh serangga dan tumbuhan meliar serta menjalar dan sebagainya.

Sedang asyik melihat tanaman-tanaman yang tidak seberapa tersebut, ada suatu perkara yang telah menarik perhatian saya iaitu kelihatan satu sarang burung pada pohon sayur. Apabila saya melihat dengan dekat didapati ada 2 biji telur berada dalam sarang tersebut. Dari pengalaman sebelum ini telur itu adalah dari spesis Burung Puruk (saya kurang pasti panggilannya dalam bahasa melayu).

Dalam hati berkata Alhamdulillah sekurang2nya ada jua burung yang sudi datang dan tinggal sendiri menumpang kasih dilaman rumah saya. Saya tinggalkan ia dengan harapan agar ia cepat menetas dan dewasa. Dan untuk sekian harinya saya melihat semula disarang tersebut dan agak memeranjatkan juga mendapati ia telah menjadi 2 ekor anak burung yang sihat comel kelihatan sedang tidur tanpa kehadiran ibunya disisi. Mungkin sedang mencari makanan untuk anaknya.

Saya berdoa mudah-mudahan burung-burung berkenaan selamat dipohon tersebut dan dapat membesar serta dewasa dengan cepat untuk menyambung rantaian kehidupan yang seterusnya.

Disini saya kongsikan gambar-gambar tersebut untuk tatapan semua.





2 comments:

sharil syed ali said...

As'mualaikum.....Bila burung ya dah besar kelak kita sembelih n jadikan juadah berbuka puasa ya....

Editor SIMAAS said...

W'salam sharil..utk pkembangan terbaru 2 ekor burung seperti dlm gmbr ia sudah besar dan tiada lagi klihatn dlm sarangnya.kmungkinan sdh terbang.

Related Posts with Thumbnails