Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, September 27, 2009

KISAH RUQYAH 5: Rasukan Jin Kubur

Disini saya ingin kongsikan kisah rasukan jin yang berlaku ketika saya bercuti raya dikampung baru-baru ini. Cerita ini diperolehi daripada beberapa orang rakan saya termasuklah anak kepada perawat yang kebetulan mengikuti bapanya ketika menangani gangguan berkenaan.

Menziarahi dan mensedekahkan bacaan al-quran dan doa sudah menjadi kelaziman masyarakat dikampung berkenaan apabila tiba musim perayaan sempena mengingati pemergian orang yang tersayang serta memanfaatkan masa dihari yang mulia dan penuh makna.

Ceritanya bermula apabila tiga orang termasuk seorang makcik dan dua orang anak gadis telah pergi menziarahi kubur pada hari raya ke-3. Setelah balik sahaja dari tempat perkuburan tersebut dengan tidak disangka-sangka mereka ini telah dirasuki oleh jin setiap seorang dan gangguan lebih ketara apabila menjelang waktu maghrib dan sehingga tengah malam. Ketiga-tiga pesakit tidak sedarkan diri dan meronta-ronta sehingga sukar dikawal menyebabkan ahli keluarganya berusaha mencari perawat yang dikenali dikampung berkenaan.

Akhirnya Pak Agus iaitu perawat yang disegani telah dipanggil untuk mengawal keadaan. Beliau sering kali akan dipanggil dan dirujuk oleh orang ramai apabila terjadi penyakit atau gangguan luar biasa. Pak Agus berasal dari Indonesia tetapi menetap serta berkahwin dengan penduduk tempatan serta mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan.

Menurut cerita anaknya lagi, jin dalam badan berkenaan mendakwa bahawa kononnnya mereka telah menganggu barang kepunyaan jin di kubur tempat mereka ziarah siang tadi tetapi tidak pula dinyatakan bentuk barang atau kesalahan yang dilakukan oleh orang itu tadi.

Saya cuba bertanya dengan anak perawat tadi bagaimana dan apa kaedah yang digunakan oleh bapanya ketika menangani ketiga-tiga pesakit berkenaan,namun tidak dapat menjelaskan memandang beliau agak kurang berminat mewarisi kebolehan dan ilmu yang dimiliki oleh bapanya.

Walau bagaimanapun, saya sertakan video pendek suasana yang sempat dirakam dengan telefon bimbit ketika ahli keluarga dan rakan-rakan ketika cuba membantu dan menenangkan keadaan pesakit daripada menjadi lebih teruk.

Video Rasukan Jin Kubur : Raya Ke-3

2 comments:

shinigamiheromi23 said...

VEDIO PENDEK SANGAT LA ABG WAN ......

Editor SIMAAS, said...

Ape bole shin..cuma takat tu je kawan tu sempat rakam..org tgh panik..tmbhn pula memori phone nye tak brapa besar..

Related Posts with Thumbnails