Sekadar berkongsi satu kejadian di Kuching tempohari dimana pada ketika itu saya baru sahaja keluar selepas ziarah di rumah abang saya di Perumahan Rakyat Bandar Baru Samariang dan apabila keluar sahaja dari rumah tiba-tiba mata saya terpana melihat pembentukan awan dengan warna yang agak luar biasa sehingga menarik perhatian saya.
Mungkin kebanyakan orang menganggap ia perkara biasa dan remeh serta tidak perlu cemas dengan keadaan itu tetapi bagi diri saya yang hina ini, ia saya anggap sebagai suatu amaran dari Allah kepada hambanya dimana akan tiba suatu hari penghabisan untuk seluruh makhluk di dunia kelak sesuai dengan tanda-tanda yang akan muncul sebelum berlakunya kiamat.
Dan pada hari ini telah banyak menyaksikan berlakunya tanda-tanda besar yang menandakan hari pembalasan sudah menghampiri kita. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk beribadat sebagai bekalan diakhirat kelak dan masih boleh berfikir akan amaran-amaran besar dan kecil sejak akhir-akhir ini.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan mengejar dunia tapi lupa dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment