Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, October 5, 2009

Diserang Tabuan!

Dua Beradik Mati Disengat Tabuan di Kuching


(CHEN Chung Jien ketika dirawat di HUS akibat disengat tebuan tanah di Sungai Moyan, Jalan Batu Kawa, semalam. Bagaimanapun, beliau meninggal dunia kemudian)
KUCHING: Hasrat seorang ibu mendapatkan pemegang tanglung bagi anaknya, berakhir dengan tragedi apabila dua anaknya mati disengat tebuan tanah di kawasan belukar berdekatan rumah mereka di Sungai Moyan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Chen Sze Ting, 6, dan adiknya, Chen Chung Jien, 3, disahkan maut selepas terkena lebih 30 sengatan tebuan pada tubuh manakala ibu mereka, Tan Wen Chew, 29, terpaksa dirawat di unit kawalan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).
Seorang lagi anak Wen Chew, Chen Sze Ying, 8, bagaimanapun terselamat selepas berjaya melarikan diri tetapi turut dirawat di HUS kerana disengat. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata dua mangsa berkenaan masuk ke kawasan belukar berdekatan rumah pangsa Sungai Moyan bersama ibu dan bapa saudaranya, Tan Chai Bong, 11. "Lima sekeluarga berkenaan dipercayai masuk ke kawasan belukar berhampiran rumah mereka untuk mencari buluh bagi dijadikan pemegang tanglung sebelum tiba-tiba mereka diserang tebuan ketika melalui satu kawasan bukit berbatu,” katanya.

Difahamkan ketika serangan, Wen Chew yang berjaya membawa anak sulungnya ke tempat selamat, berpatah balik bagi menyelamatkan anak bongsunya yang masih diserang tebuan, sebelum dia sendiri pengsan di kawasan berdekatan rumah. "Ibu mangsa yang masih dirawat di ICU dilaporkan koma dengan keadaannya kritikal. Dua lagi mangsa dilaporkan semakin pulih namun masih ditahan di HUS bagi rawatan lanjut.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sudah dimaklumkan mengenai sarang tebuan di kawasan berkenaan dan kerja memusnahkannya akan dijalankan segera," katanya. Sementara itu, jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Mei Loh, 45, berkata penduduk di rumah pangsa itu memang mengetahui kewujudan sarang tebuan tanah sepanjang kira-kira dua meter dan selebar satu meter di celah kawasan berbatu berdekatan kediaman mereka.

Sumber:BH

No comments:

Related Posts with Thumbnails