Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Saturday, November 14, 2009

Dah Nak Kiamat Ker??


Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya walaupun tiada tarikh khusus dinyatakan. Kita sebagai orang islam wajib percaya tentang kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya Tuhan Yang Pencipta seluruh alam yang menentukannya dan hikmah disebaliknya.

Walaupun begitu ramai yang tertarik untuk melihat kecenderungan saintis-saintis ini untuk membuat teori dan ramalan kisah The Judgement Day ini. Mereka menyatakan pada tahun 2012 bakal berlaku peristiwa di mana Komet akan menghentam planet Bumi dan merupakan kemuncak kepada apa yang di katakan sebagai kiamat. Telahan dan pendapat beberapa forumer dan blogger yang memberikan response kepada teori ini. Mereka mengaitkan dengan teori Mayan, Hopis dan Egyptian yang merupakan dasar ketemadunan lama yang memberikan banyak klu atau bayangan tentang komet 2012 yang bakal menghancurkan bumi.

Ada sesetengahnya memberikan bukti saintifik dan kewujudan beberapa teropong berskala gergasi yang di wujudkan oleh NASA yang di katakan berkaitan dengan isu ini. Sesetengah forumer yang berpendidikan kaji bintang mejangkakan kewujudan Teropong Langit ini di South Pole adalah untuk mengkaji kebarangkalian tentang berlakunya hentaman Komet ke atas planet bumi. Tapi mereka mensasarkan tarikh kepada 2036. Pada 2029 mereka menjangkakan Komet itu akan menghampiri dan menuju kearah bumi, seterusnya terdapat 1000 kemungkinan 7 tahun kemudian pada 2036 komet itu akan menghancurkan Bumi.

Mereka memberi banyak andaian kepada kalender Mayan dan Egyptian kuno yang menulis tentang teori 2012 berdasarkan kepada kiraan matematik kaum tersebut. Dalam jangka masa 4 tahun akan datang bermula dari tahun 2008 berbagai bentuk perubahan cuaca akan berlaku. Mereka mengandaikan perubahan cuaca telah bermula dengan kejadian di Myanmar dan China di mana peristiwa bencana alam yang melibatkan Angin dan gerakkan tanah.

Kejadian rebut besar dan gempa bumi melibatkan kematian yang besar. Sesetengah pengkaji meramalkan London bakal di landa banjir besar yang akan menenggelamkan bandaraya itu dalam beberapa tahun ini. Sesetengah dari pengkali ini mula memberikan map atau beberapa lokasi yang di fikirkan selamat sekiranya penduduk London ingin lari dari melapetaka itu.

Petikan:www.terjah.com

2 comments:

tice said...

assalamualaikum

memang MENGERUNKAN bila mendengar berita di sana sini berkaitan BALA yang diturunkan Allah..kepada manusia..Menakutkan lagi kalau kita tak sempat hendak BERTAUBAT..kerana senantiasa melanggari perintah Allah..(minta dijauhkan)

Tanda-tanda kecil dan besar kedatangan HARI QIAMAT telah dan sedang berlaku...tetapi terdapat segelintir manusia seakan-akan kurang PEKA dan masih belum bersedia untuk menerima kenyataan itu..Mungkin bencana yang menimpa rakan-rakan lain masih belum TERSERPIH kepada diri sendiri..

Semoga Allah datangkan dan terbitkan HIDAYAH dan cahaya keinsafan dalam diri insan yang masih belum dapat menerima HAKIKATnya.....Insya-Allah

Editor SIMAAS, said...

wa'alaikumussalam..

Benar tue ummi..
Sudah jelas lagi terang amaran yg telah diturunkan oleh Allah dimuka bumi supaya manusia insaf,tetapi mrk masih ingkar dan leka dgn dunia..

sama2 kita doakan supaya umat nabi s.a.w masuk syurga selaras dgn ksh sygnya kpd umat yg tidak berbelah bahagi wpun terhadap kaum kafir.

Related Posts with Thumbnails