Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, November 23, 2009

KISAH RUQYAH 6 : Bukit Siol Terus Misteri..

Siapa yang tak kenal Bukit Siol terutama mereka yang tinggal sekitar Petra Jaya dan Semariang yang gah dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang dibina di atas puncaknya setinggi 60 meter dari aras laut serta merupakan salah satu mercu tanda bandaraya Kuching.

Masih ingatkah posting saya yang lepas bertajuk 'Lemas' yang membabitkan anak saudara saya sendiri ketika bermain air tasik di kaki bukit berkenaan yang mana telah meragut nyawanya serta apakah kaitannya dengan seekor kala besar yang dijumpai didalam rumah oleh bapanya malam sebelum kejadian?

Bagaimana pula dengan sekumpulan kerbau yang dijumpainya oleh sepupu saya ketika balik kerja tengah malam sedangkan memang tiada siapapun yang menternak kerbau dalam taman riadah dibawah pengawasan pihak DBKU sendiri.

Ditambah pula kisah misteri yang sering dialami oleh para pekerja DBKU dimana sering diganggu tidak kira siang atau malam seperti ditangga, lif, dalam pejabat, parkir kereta, lampu bangunan, suara aneh, muzium kucing dan lain-lain.

Lagi cerita-cerita mereka yang pernah merakam fotografi disekitar kawasan taman berdekatan khususnya para pengantin baru yang mana sering menemui entiti yang tidak dikenalpasti pada gambar yang dirakamkan tidak kurang juga melihat objek atau lembaga yang menyeramkan.

Dan apa pula kaitannya dengan wanita separuh bogel yang dijumpai oleh sepupu saya ketika menghantar anaknya ke sekolah yang mana hanya tertutup bahagian atas dan tiada seurat benang dibahagian bawah? Yang menjadi lebih pelik ialah wanita berkenaan jalan selamba sahaja walaupun tahu orang ada melihatnya dan tiada menunjukkan sebarang reaksi malu atau janggal.

Apakah ia betul-betul manusia dan mengapa dia berkeadaan demikian?
atau jika ia adalah jin, mengapa perlu jin yang menyamar sebagai wanita bogel?

Tentunya kisah-kisah ini menjadi seribu persoalan dan tetap menjadi misteri..

2 comments:

Khairul Onggon said...

wah3x.. nang misteri nusantara mena bukit siol ya owh.. tapi nak, sik salah madah mun ya semua jin, lagikpun jin nektuk mok mempromosikan dirik sidak apatah lagik aher zaman tuk manusia dah sik lalek ngan kewujudan komuniti jin.

Namun, sebagai khalifah Allah di mukabumi tuk, kita sik perlu tunduk atau takut dengan sidaknya, sesungguh Allah itu Maha Berkuasa, tiada daya upaya selain Allah SWT.. :)

Editor SIMAAS, said...

Khairul,

ada byk lagik sebenarnya cerita di bukit siol ya..

Related Posts with Thumbnails