Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Tuesday, July 27, 2010
Bahaya Demam Malam!
Label:
INFO-Perubatan
Selalu orang beranggapan bahawa perubatan Islam adalah suatu ikhtiar untuk merawat penyakit tertentu sahaja seperti gangguan jin, santau, sihir, penyakit-penyakit misteri dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya rawatan Islam adalah menyeluruh tidak kira penyakit yang berkaitan rohani atau fizikal.
Walau bagaimanapun bagi memudahkan pemahaman kita terutamanya demam biasa atau disebabkan gangguan lain, disini saya sertakan dahulu info apakah yang menyebabkan demam itu dari perspektif klinikal terutama kepada kanak-kanak. Selamat membaca!
INFO:
Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius
ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.
Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.
Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.
“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.
“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.
Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.
“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.
Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.
“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.
“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.
Mengapa demam?
1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.
2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.
Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?
1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.
2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.
Demam yang memerlukan rawatan serius
* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit
Catatan oleh Hafizah Iszahanid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah...INFOs yang amat berguna esp untuk para IBU + BAPA...ATOK + OPAH(penjaga CUCU dekad ini)...PENGASUH(baby sitters/BIBI)..
Semoga TIPs yang dipaparkan dapat diMANFAATkan sepenuhnya..SYUKRAN ya ustaz...
Ummi nak tambah satu jer lagi kaedah yang ummi pernah(berpengalaman) amalkan..:-
Kalau anak-anak kecik or besar/cucu demam,jangan terus bawa ke clinic...Aplikasikan dulu kaedah yang disebut kat atas tuh...Bila suhu badan dan kurang garing(Temperature kurang tinggi)barulah bawa p clinic..Dan kalau malam-malam masa time tidur tu,suhu badan naik,letak jer telapak tangan kita kat dahi PENDEMAM(anak yang demam)..InsyaALLAH dapat menurunkan suhu badan dan mungkin boleh kebah dengan izin ALLAH..Semasa telapak tangan di dahi anak,lebih molek kalau disertai dengan zikrullah..
Post a Comment