Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Sunday, July 4, 2010
Hikmah Kesakitan..
Label:
BICARA AGAMA
Assalamualaikum, semoga Allah beri kita rasa syukur akan nikmat2nya yang tak terhingga. Semoga Allah bukakan pintu hati dan fikiran kita untuk mengenal nikmat2 yang diberi dan telah kita miliki sejak sekian lama.
Hanya pada Allah SWT lah kita mengadu dan berserah diri. Sungguh, kita manusia lemah dan langsung tak berdaya. Jangan kita lupai tenaga dan umur yang kita ada, hanyalah pemberian sementara oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa.
Syukur, kita hari ini sihat mampu berkerja dan berbuat aktiviti seharian kita. Harus kita sedar, tatkala kita sihat saat ini, ada yang sedang sakit menderita. Pada saat ini, ada yang tengah menahan kesakitan yang berat.
Mata mereka memejam menahan sakit, badan mereka mengerekok, dan tangan mereka mengenggam kuat. Begitulah hebatnya kesakitan yang mereka alami. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang cepat dan ditambahi kesabaran atas mereka.
Memang benar, bila melihat dengan mata kepala, rasa sedih betul2 menyusuk dalam hati. Terasa ingin benar melihat insan yang disayangi agar sihat kembali dan hilang siksa sakitnya.
Pada awalnya, kita seolah2 yakin bahawa perubatan doktor dan ubatan boleh mengurangkan dan menghilangkan kesakitan. Namun, kita pasti mendapati itu adalah harapan (pergantungan) yang palsu.
Yang mengurangi dan menghilangkan sakit hanyalah Allah SWT. Penting untuk kita sedar hakikat ini. Lalu, kita serahkan (bungkus) pada Tuhan Yang Maha Menyembuh. Dia lah yang Maha Tahu akan hikmah kesakitan yang dialami. Pada Dia lah kita serahkan usaha dan harapan (doa) kita.
Semoga Allah menghapuskan dosa pada setiap saat sakit yang ditahan oleh hambaNya dengan sabar dan tawakal. Semoga ditinggikan darjat hambanya pada setiap detik hambaNya menahan kesakitan. Dan mudah2an diringankan ujian terhadap hambaNya tanpa mengurangi ganjaran baik di akhirat nanti.
Harus kita sedar, bahawa kita juga sedang diuji sama hebat dengan orang yang sakit. Kesabaran dan tawakal yang ditagih ketika seseorang sedang menahan kesakitan sama hebat dengan kesyukuran dan taat yang ditagih ketika sesorang sedang menikmati kesihatan tubuh badan.
Harus kita sedar, bahawa saat hambaNya paling rapat dengan Tuhan adalah ketika dia menahan sakit dan berdoa pada Tuhan. Dan saat hambaNya jauh dengan Tuhan adalah ketika dia menikmati kesihatan lalu lalai mengingati Tuhannya. Malulah kita pada orang yang sakit… mereka jauh lebih diredhai oleh Allah dari kita. Mereka jauh disukai oleh Allah dari kita.
Marilah kita syukur dan sentiasa ingat pada Allah, Sang Pemberi Nikmat (segala kurnia).Untuk bersyukur, harus kita ingat (dimulai) pada yang paling kecil.
Kecil bagi kita (namun besar bagi Allah) adalah diberi kita selera untuk makan. Rasa selera adalah satu rasa yang dicampakkan (diberi) pada manusia, sehingga dia boleh makan hampir kesemua jenis hewan dan tumbuhan yang melata. Ada orang, tolak batu dan kayu saja, selainnya semua boleh dimakan.
Kita lupa, ini juga satu nikmat (pemberian). Allah tidak beri nikmat ini pada haiwan. Sebagai contoh lihat saja kalau Aiskrim Magnolia diletak depan harimau, yang di makannya bukan Aiskrim, tapi kita. Allah tidak beri nikmat Aiskrim itu pada Harimau, tapi kita.
Begitulah bentuk nikmat yang Allah kurnia. Dia berikan pada yang Dia mahu sesuai dengan KebijaksaanNYA.
Bila nikmat sekecil ini (bagi kita), ditarik balik. Barulah kita tahu, saat itu bahawa betapa besarnya nikmat2 NYA yang selama ini kita tak ambil kesah. Walhal, bagi kita mungkin sangat enteng untuk menelan segala bentuk makanan, namun bagi yang sudah ditarik nikmat ini, langsung tidak mampu. Ketika itu, sedarlah.. tiada daya dan upaya pada kita melainkan hanyalah dengan pertolongan Allah.
Wallahu 'alam.
-Abu Aagil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment