Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Friday, July 16, 2010

Disebalik Sejarah Adolf Hitler..

Sebuah email yang dari seorang kawan dari Arab Saudi...diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk dikongsi bersama anda semua...
____________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...




Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...






Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

-wallahu'alam-

5 comments:

Azlan said...

Salam,

Tulisan ini ini banyak mengelirukan umat islam. Seolah-olah Hitler itu pembantu Agama Allah.

Saya cadangkan saudara baca sendiri buku tulisan Adolf Hitler, Mein Kampf. Apa yang diperjuangkan oleh Hitler sebenar-benarnya. Betapa jauhnya tersasar ideologi beliau dari jalan Allah.

Apa yang saudara salin dari penulis arab ini ialah percubaan terdesak untuk mencari-cari sekutu sejarah yang kononnya membela Islam.

Memang Barat banyak menyembunyikan fakta tetapi hanya kerana seseorang menjadi mangsa dakyah barat tidak semestinya mereka itu secara automatisnya orang-orang yang benar.

Orang-orang yang tidak mau mengikuti jalan Allah dengan sebenar-benarnya, mereka pasti menghancurkan satu sama lain. Tak perlu kita bela mana-mana pihak dari kalangan ini.

Silalah saudara baca sendiri Mein Kampf dan berhentilah menyedapkan hati diri sendiri dan orang lain dengan cerita-cerita sebegini. Sudah jelas yang batil dari yang haq. Janganlah kita beriya-iya menggilap lumpur dan menjualnya pula pada orang lain.

Wasalam

Anti email palsu said...

Assalamualaikum...

Saya sokong pendapat saudara di atas.
Zaman internet ni jangan lah percaya sangat dengan email-email yang tersebar, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama Islam.

Apa yang saya lihat penyebar email ini mahu meyakinkan orang ramai dengan 'ketulusan' kajian nya dengan mendakwa ianya dari pengkaji arab Islam, walhal saya yakin ianya hanyalah rekaan sahaja.

Jangan lah kita dikelirukan dengan dakwaan kononnya pembunuhan beramai2 yahudi tu satu kebaikan, padahal ianya adalah 'pretext' untuk pihak zionis merampas Palestin dari umat Islam. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan Hitler berkonspirasi dengan pihak zionis bagi mambunuh yahudi ortodoks (hitler sendiri dari keturunan Yahudi). Baca pula tentang sejarah zionism yang tidak diterima dan ditentang oleh majoriti yahudi pada ketika itu...kaji wahai pembaca sekalian.

Kemudian baca pula tentang 'secret societies' yang dianggotai hitler, iaitu Order of the black Sun.

Banyak fakta tentang hitler sebenarnya, ntah kenapa tiba2 muncul pula pihak yang nask membela nazi. Astaghfirullah...

Celikkan hati dan minda wahai umat...

jangan terpedaya dengan dakyah orang yang mahu merosakkan kemurnian Islam...

Apa x cukup kah wira2 Islam yang sedia ada lalu hitler pula diagung2kan?

Kepada tuan blog ni, tapis2 lah dulu sebelum sebarkannya...
takut nanti ada yang gantung gambar hitler sebelah gambar PM malaysia..

Mungkin geng2 Punk Nazi teruja membaca posting anda, simaas.

Anti Nazi said...

Kah kah kah...nak tergelak baca posting saudara.

Rasa mual pun ada juga...

Yang memualkan ialah bila penulis memuji2 dan mengagung2kan hitler...uwekkk....!!!

Yang kelakarnya 'kajian' ni silap fakta di sana sini..
Ada ke tentera Nazi masuk moscow...kah kah kah! Nazi x pernah sampai Moscow bang, sampai Stalingrad jer...Kah kah kah..

Pastu lah kan, yang lebih haru lagi disebutkan minat hitler dalam meneladani para sahabat r.a. dalam mentadbir...ni yang persan bercampur rasajijik dan kelakar ni..

Saya rasa penulis asal email ni adalah anggota punk nazi...sebab orang yang waras xkan memuji muja diktator paling terkenal ni...

Saudara simaas, sejak bila anda minat dengan nazi ni?

NAZI IS DEAD said...

Saya rasa saudara Simaas kena buang posting terbaru ni. Memalukan umat Islam dan diri sendiri sebagai perawat ISlam.

Dalam artikel ini penulis memuji langkah Hitler membunuh yahudi. Saya nak tanya lah saudara2 sekalian, bagus ke membunuh orang-orang Yahudi? Adakah syariat membenarkan mereka dibunuh beramai2 ? Apa salah mereka masa ni? mereka bunuh orang Islam ker?

Ingatlah, saidina Umar ketika membuka Al Quds pun tiada setitis pun darah orang yahudi mengalir...

Jadi apa rasionalnya penulis email ni memuji muja perbuatan hitler membunuh, padahal masa tu Yahudi, Islam dan Kristian aman damai di Al Quds?

Penulis juga memperbesarkan tentang syeikh2 yang mendampingi hitler..(masa sekarang pun ramai ulama' yg mendampingi pemerintah diktator)..wallahua'lam sahih ke x sahih. Yang pastinya Hitler pernah bertemu Pope di Vatican pada masa tu dan bagi sokongan pada Nazi.

Lagi satu gambar2 dalam ni telah di 'photoshop'kan...orang yang biasa guna photoshop dapat detect...

Ingatlah..dunia Islam tidak ketandusan tokoh pemimpin. dan janganlah mencemarkan meruah agama Islam dengan dakwaan2 mengarut ni!

Saya menggesa agar tuan blog menarik semula artikel ni...jadi fitnah nanti.

Editor SIMAAS said...

Secara jujur pihak SIMAAS menghargai komen ikhlas daripada anda semua..

Memang tidak dapat dinafikan penyebaran maklumat dan fakta yg berkaitan informasi global dewasa ini begitu rancak seolah-olah sukar dikawal apatah lagi dgn kemajuan dari segi perhubungan 'world wild web' yg sudah menjadi gaya hidup masyarakat sekarang termasuklah penyebaran maklumat2 sama ada isi kandungannya sahih ataupun tidak.

Menyedari fenomena ini, rasanya sudah tiba masanya supaya fakta dan kandungan dlm sesuatu artikel atau risalah yg disebarkan yg bersumberkan media mana sekalipun perlu dikaji atau 'diperjelaskan' semula oleh mana-mana pembaca spt anda yg merasakan maklumatnya salah atau perlu diperbetulkan sesuai dgn ilmu masing2 serta merujuk kpd sumber sebenar yg dipelajari.

Lebih2 lagi jika artikel atau info tersebut mempunyai maksud atau unsur2 tertentu yg boleh memesongkan cerita sebenar termasuklah yg mengaitkan sensitiviti agama.

Dalam ertikata lain, anda dan pembaca lain adalah sebagai 'hakim' kpd apa jua maklumat dan informasi yang disebarluaskan oleh2 mana2 pihak supaya kebenaran ilmu Allah dpt dipelihara sesuai dgn tujuan dan niat dlm diri masing2.

Sama2 kita renungkan maksud hadis ini:

Hadis Abdullah bin Mas`ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 'Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain'.


Salam seperjuangan

Related Posts with Thumbnails