Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 24, 2011

Mangsa Lecur Mula Mendapat Perhatian..


(AMY SEARCH meluangkan masa melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.)

SHAH ALAM: Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi ditawarkan mengikuti pendidikan dengan pembiayaan penuh di Kolej Poly-Tech MARA pada sesi kemasukan Jun tahun depan.

Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya sedia membantu pelajar malang itu meneruskan pelajaran daripada peringkat sijil dalam bidang elektrikal hingga diploma sebagai jaminan masa depannya.

“Kami akan beri kebebasan kepada beliau untuk memilih bidang yang diminatinya. Tiada halangan. “Saya harap tajaan pendidikan daripada kolej kami akan mengubah masa depan beliau dalam membina kehidupan baru,” katanya yang ditemui ketika melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.

Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO, turut menyumbangkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Sementara itu, Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.

Muhammad Hairuman berkata, segala kesakitan hilang sebaik beliau melihat kehadiran Amy.
“Terima kasih atas kasih sayang semua kepada saya. Ramai yang memberi pelbagai kata nasihat, pemberian sumbangan dan kehadiran Amy hari ini (semalam) sangat saya hargai,” katanya.

Beliau berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan perkara negatif walaupun terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Saya mahu menyanyi lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu’ bersama Amy. Beliau sumber inspirasi saya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

1 comment:

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :

MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

Related Posts with Thumbnails