Hati saya tiba-tiba sangsi apabila melihat kesesakan jalan yang teruk apabila melalui jalan 'fly over' menuju ke Satok iaitu yang jalan biasa digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja. Apabila kenderaan saya menghampiri jejantas Satok, rupa-rupanya ada kemalangan ditempat berkenaan dimana telah membabitkan seorang pejalan kaki dan seorang pemandu kereta kancil.
Saya melihat orang ramai sedang mengerumuni satu orang mangsa perempuan yang sedang terbaring ditengah jalan akibat cedera parah sambil beberapa orang awam cuba memberi rawatan awal sementara menunggu kenderaan kecemasan tiba. Kelihatan mangsa masih dalam keadaan sedar telah mengalami kecederaan yang teruk menyebabkan darah banyak terkeluar sehingga mengena jalan dan beg bimbit mangsa. Saya berhasrat untuk membantu tetapi memandangkan ramai yang telah menghulurkan bantuan termasuk seorang doktor, saya biarkan mereka untuk melakukan apa yang terbaik disaat itu sementara menunggu pasukan kecemasan tiba.
Menurut 2 orang remaja yg menjadi saksi kepada kes tersebut menceritakan, mangsa sebenarnya ingin melintas jalan dari Wisma Satok ke seberang KFC iaitu dalam keadaan jalan yang tengah sesak, tiba-tiba dilanggar oleh kereta kancil sehingga mangsa melambung ke cermin kereta dan terjatuh ke jalan beberapa meter sehingga cermin kereta berkenaan pecah. Mangsa yang dilanggar seorang wanita berumur dalam awal 50-an dan pemandu kenderaan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an juga. Walaupun sudah ada jejantas untuk menyeberang, mangsa masih lagi mahu mengundang bahaya dengan melintas tanpa menggunakan jejantas. Akibatnya malang tidak berbau dan telah menimpa kepada mangsa tersebut.
Saya sertakan saat-saat mencemaskan tersebut dan turut merasa bangga dengan keperihatan orang yang telah menghulurkan bantuan untuk membantu mangsa. Didoakan semoga mangsa selamat dan cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment