Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Friday, July 17, 2009

E-MAIL DAN SURAT BERANTAI..


Suatu ketika dulu 'surat berantai' telah banyak menghantui kehidupan kita. Tidak mustahil saya katakan dimana hampir setiap individu ada menerimanya bahkan penyebaran amat cepat sekali. Apa tidaknya dalam kandungan surat tersebut siap fakta kes dan ayat berbunyi ugutan lagi jika orang yang membaca tidak menyebarkan pula kepada orang lain.


Sehingga kini penyebaran tersebut masih berlaku dan kini beralih pula melalui rangkaian e-mail. Soalan kemusykilan tersebut telah dajukan dan di sini saya ingin kongsikan pula maklumat serta penjelasan dari Biro Publisiti JKIM (Jawatan Kuasa Kebajikan Islam) mengenai pembohongan surat tersebut yang telah disampaikan kepada saya untuk pengetahuan semua. Semoga kita dilindungi oleh dari setiap berita dan fitnah dunia, amin..


Soalan 1:
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz ?

Soalan 2 :
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai.Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk.Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AN-NUR dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.


Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasulallah dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran? Kedua dari segi arahannya Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita akan ditimpa bencana maka secara tidak lansung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak., alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini secara halus: Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya diedar 20 salinan, akan mendapat berkat, dan sekiranya engkar akan mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut.

Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham akan tahu keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram. Wuallahua’lam. Surat berantai palsu dan khurafat SURAT SHEIKH AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH JATUH MURTAD Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.

Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi,Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 diTexas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheihk Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia pd 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al- Quraisyi 1967-meninggal dunia pd 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, "Menyebar surat ini termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirik-kubra)serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.

Lagipun,surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".Allahyarham Datuk Sheikh-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil.8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja,maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar oleh si-pengirim, WUALLAHUA’LAM..


No comments:

Related Posts with Thumbnails