Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Tuesday, July 28, 2009

Mimpi 3 Orang Berjubah Putih!

Assalamualaikum,
Disini saya ingin kongsikan apa yang dialami oleh saya pada cuti minggu lalu.
Beberapa malam yang lepas saya telah bermimpi sedang melakukan rawatan dan ruqyah dengan penuh yakin kepada beberapa orang dewasa dan kanak-kanak.

Dan pada malam yang sama juga zaujah saya bermimpi rumah kami telah didatangi oleh 3 orang lelaki berjubah putih dengan wajah dan kulitnya bersih berseri. Sambil memberi salam mereka bertanyakan samada saya ada dirumah (seperti mencari dan mahu berjumpa dengan saya) kebetulan dalam mimpi itu saya tiada dirumah. Sebelum mimpi pada malam tersebut zaujah saya telah masuk tidur dalam keadaan berwuduk.

Malam sebelum mimpi itu juga saya telah berjumpa dan berbicara seketika dengan Us. Hashim Man (yang pernah disebut sebelum ini) di Surau Darul Mutaqqin setelah beliau selesai mengimami solat isyak. Antara lain yang kami bualkan ialah berkenaan jadual program terbaru di masjid tempat beliau bertugas sekarang serta beberapa pengisian lain di masjid berkenaan.

Oleh yang demikian, berdasarkan catatan tersebut saya yang dhaif ini mohon kongsi pengalaman dan ilmu kerana saya percaya tuan-tuan dan guru-guru diluar sana mungkin ada maksud dan tafsirannya.

Moga Allah merahmati kalian untuk sama-sama memberi masa dalam mencatat ilmu dan pengalaman tuan-tuan dalam ruangan ini.

17 comments:

FAKHRUDDIN BIN MOHAMMAD said...

Assalamualaikum Sheikh. Peristiwa yang anta alami seakan mirip dgn apa yg rakan ana alami. Setelah beliau mempelajari ilmu rawatan Islam (bersama ana) beliau kerap mimpi merawat orang dari pelbagai lapisan & menggunakan pelbagai kaedah/teknik sama ada yg pernah dipelajari mahupun yg belum dipelajari. Bahkan beliau kerap dilawati oleh mereka-mereka yang tak dikenali dengan berpakaian jubah putih yg bersih dgn wajah yg berseri-seri.

Apabila d rujuk kpd mereka yg ahli, katanya sahabat ana itu sangat dikenali di alam jin & yg datang menerima rawatan tersebut adalah dr bangsa jin Islam. Bahkan yg turut ziarah beliau jg adalah dipercayai ulama2/pemuka2 dr bangsa jin Islam.

Wallahu alam.

Editor SIMAAS said...

Wa'alaikumussalam ustaz,pertama skali saya amat menghargai diatas kesudian bkongsi pgalaman dan pdapat tsbt.

Jika demikian saya byk2 bersyukur kpd Allah krn skrg2 saya mdpt sedikit petanda dan ptunjuk diatas apa yg tlh saya hulurkan kpd msyrkt slama ini, wpun pd pndgn zahir ia brisiko pd diri dan kluarga.

Namun saya tetap yakin bahawa Allah adalah segala2nya bagi kita.

Sahabat Gua said...

Ada kemungkinan juge seperti yang di katakan oleh Rains tu, sahabat saya juge pernah mengalami seperti itu, di katakan kunjungan "mereka" ini ada lah tanda hormat. Apa pon kita harus berhati2 dalam setiap apa yang di tunjukkan.

Editor SIMAAS said...

Ssungguhnya pgalaman dan nasihat dari sahabat semua amat bermakna bagi diri saya utk lebih berhati2 dan lebih memahami pd masa mendatang. InsyaAllah.

GerakHaq said...

Assalaamu 'alaikum tuan.

Maaf. Saya hanya seorang musafir lalu. Sudah terbaca pengalaman mimpi anta dan isteri anta. Sebaiknya, saya mohon agar mimpi tersebut di, hmmm...ditolak aja dengan sebab kehadiran yang meragukan. Salam merupakan satu tanda bahawa mereka dalah merupakan golongan jin Islam. Tapi jika mau mendengar pendapat saya yang dhaif ini, buat solat taubah2 rakaat, solat hajat 2 rakaat dan mohon pertolongan Allah swt agar dilindungi daripada golongan jin yang menyamar dan munafiq. Maaf. Cara kehadiran mereka adalah salah. Jika mau tahu sebabnya saya berkata begitu, insya Allah nanti kemudian saya teruskan. Jika tidak maafkan saya kerana lancang berkata.

Wallaahu a'lam.

Wassalam.

GerakHaq said...

Maaf. sedikit sambungan. Mimpi yang anta alami sendiri itu tiada masalah cuma mimpi yag isteri anta alami itu, menandakan suatu yang tidak harus berlaku. Sekian dari seorang musafir.

Editor SIMAAS said...

Wa'alaikumussalam Tuan GerakHaq, Terima kasih kerana sudi memberi pandangan.Tak mengapa kalau tuan nk teruskan..saya terbuka. silakan.

GerakHaq said...

Assalaamu 'alaikum.

Insya Allah jika sudi mendengar, berikut adalah analisa yang dibuat berdasarkan hakikat kehadiran makhluk ghaib.

Jika tujuan makhluk ghaib itu ingin berjumpa dengan seseorang yang khusus, maka ia akan terus berjumpanya tanpa melalui medium lain. Itu jika ia adalah dari kalangan yang beragama Islam. Jika ia bukan seorang 'MG' yang baik, maka banyak channel digunakan kerana dengan banyak tujuan lain yang bisa mengaburkan mata manusia.

Setiap kali mereka berjaya memasuki tubuh manusia lain, maka setiap kali itu pula berlaku perubahan aliran energi, DNA dan struktur fizikal dan mental manusia.

Berbeza dengan kaedah perjumapaan secara dimensi lain seperti mimpi, ia tidak mengubah struktur dalaman. Tetapi masih tidak akan menggunakan channel lain selain berjumpa terus tuan yang haq kerana itu adalah syarat-syarat yang tidak harus dilanggar oleh mereka.

Isteri tuan harus lebih banyak beristighfar dan mohon perlindungan dengan Allah swt. Usahakan membaca al-ikhlas sepanjang masa walaupun di dalam hati.

Wassalam.

GerakHaq said...

Insya Allah seterusnya, saya sambung lagi sebab saya berada di office.

Editor SIMAAS said...

Wa'alaikumusalam Tuan GH,analisa tersebut amat dalam sekali dan byk juga perkara yg saya baru dengar. Teruskan kongsi apa yg tuan ketahui krn saya percaya ramai diluar sana ingin tahu juga. Terima kasih atas nasihat tuan.

GerakHaq said...

Salam kembali.

Baik. Mungkin anda tanya saya kenapa saya cadangkan insteri anad buat amalan tu semua? Ini adalah untuk menyediakan benteng yang kukuh bagi beliau agar tidak dengan mudah diterobosi oleh anasir-anasir negatif kerana sesiapa sahaja, baik orang awam atau lebai sekalipun bisa terpancing dengan bujukan yang bertalu-talu dan muslihat-muslihat mereka ini.

Wallaahu a'lam.

Wassalam.

GerakHaq said...

Walau apa pun hanya Allah swt yang Maha Mengetahui Akan segala sesuatu yang tersembunyi. Semoga kita semua selalu dalam lindunganNYA. Aamiin.

GerakHaq said...

Jika ingin berkongsi apa2 hal yang berkaitan boleh juga melayari forum saya di http://forum.qudrah.net dan blog ringkas saya di http://blog.qudrah.net

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Anonymous said...

hmmm. bermimpi tentang 3 org berjubah putih.

pada saudara2 yang mengalami mimpi berjumpa dengan 3 org berjubah putih tu. adalah rezeki saudara.pekara seperti ini jarang berlaku pada orang ramai. cuma segelintir di antara berjuta yang mengalami mimpi ini.


walau apa2 pun yang berlaku. pasti ada hikmah di sebalik nya.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

saya juga pernah bermimpi orang berjubah putih dalam 3 hari berturut2.
didalam mimpi itu dia membangunkan saya untuk sholat tahajud.
dan ia berkata "jika kamu dalam kesulitan, maka lalukanlah sholat, membaca Al-Qur'an dan berdo'a.
insya'Allah apa yang kamu inginkan akan terkabul".

azliana said...

Salam buat sahabat semua,

Saya seorang wanita malang kerana apa berkata begitu ialah bersebab dengan gagalnya saya dalam perkahwinan sebanyak 2 kali dan hidup pula serba kekurangan...sewaktu kecil saya ternampak 3 lelaki berjubah putih mengajar emak saya menguruskan jenazah bapa, walhal ketika itu bapa saya masih hidup. Emak dan bapa saya masih hidup hingga kini. Saya kini berumur 36 tahun, tiap kali saya sakit2 biasa seperti batuk dan demam, saya akan bermimpi berada di kelompok pemuda dan kanak-kanak yang membacakan al-Quran seperti di dalam persekitaran sebuah pondok agama. Ada kalanya berjumpa dengan guru agama. Saya masi mencari jawapan persoalan kehidupan saya di dunia ini. Harap saudara yang membaca komen ini menghantar pesanan tuan ke email saya azlianmj@yahoo.com.my. Wassallam.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Saya sblmnya mencari jawapan ttg maksud mimpi saya dalam 3 minggu lalu - 3 orang lelaki berjubah putih, dalam mimpi tu suasananya terang/putih, tak jelas wajah mereka, tp dalam mimpi tu saya anggap mereka orang Arab. Mereka berdiri sambil teliti pada satu buku besar, saya kata yang saya nak beli 1/4 tanah dan mereka catit dalam buku tu. Tak lama, saya kembali bertemu mereka lagi dan cakap saya nak beli semua tanah. Saya tak tahu mimpi tu dari syaitan/dr fikiran sendiri atau petanda dari Allah. Saya ada baca ayatul kursi sebelum tidur. Saya terbangun untuk solat tahajjud dalam jam 3 pagi. Jika sesiapa tahu maksudnya, tolong kongsi ya. Salam

Related Posts with Thumbnails