Alhamdulillah, segalanya bagaikan telah diatur dimana pada hujung minggu ini saya dan sahabat SIMAAS yg lain berkesempatan memanfaatkan beberapa pengisian berterusan. Berikut adalah sedikit catatan utk dikongsikan bersama.
24 Rejab 1430H (17 Julai 2009M)-Jumaat
Saya telah menerima jemputan majlis doa selamat dari sahabat saya Asri dimana ahli keluarganya (ibu,abang dan 2 org adik) akan menunaikan umrah dan akan berlepas pada hari ahad 19 Julai 2009. Kedudukan rumah saya dgn rumah Asri tidak jauh dan kebetulan saya memang tiada apa2 program pada malam tersebut. Agak ramai juga tetamu yg hadir pd majlis tersebut termasuklah ahli keluarga terdekat, jiran, jemaah masjid, rakan sekerja yg turut sama2 mendoakan semoga ibadah mereka diterima serta selamat pergi dan selamat kembali. Antara sahabat SIMAAS yg turut hadir pd malam tersebut ialah Jalot dan Pie. Pengisian majlis antara lain ialah berzikir, berzanji dan bacaan doa selamat. Semua program telah berjalan dgn sempurna dan akhir sekali para jemputan telah dihidangkan dgn jamuan makan.
25 Rejab 1430H (18 Julai 2009M)-Sabtu
Petangnya pula saya menerima SMS dari Jalot menyatakan ada ceramah sempena memperingati peristiwa israk mikraj di Kpg Tabuan Cemerlang dimana penceramahnya adalah Ustaz Azmi Ashaari dan seterusnya mempelawa utk bersama2 menghadiri ceramah berkenaan. Us. Azmi adalah antara rakan ustaz yg agak rapat dan senang utk berbicara dgn kami. Justeru, sudah kebiasaan dari situ nanti kami akan mengambil kesempatan utk mengajak beliau utk bermuzakarah disamping dpt merujuk hal agama apabila selesai program ceramah itu nanti.
Memandang saya dan Asri tidak berapa pasti lokasi surau berkenaan maka khidmat sahabat Jalot pemilik kereta Myvi berwarna merah diperlukan utk menjemput dari rumah supaya dpt bergerak bersama dgn satu kenderaan sahaja. Kami memutuskan supaya bergerak selepas solat maghrib dan akhirnya kami tiba juga dilokasi surau berkenaan walaupun ceramah telah bermula. Kami disambut baik oleh jemaah dan AJK suarau sambil menghulurkan sebotol mineral water setiap seorang sebagai utk menghilangkan dahaga.
Di sini dpt diperhatikan para jemaah kelihatan begitu khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan oleh Us.Azmi. Memang tidak dinafikan beliau memang seorang penceramah yg berkebolehan dan disegani ramai sehingga para jemaah tidak berganjak sejak mula lagi sambil menyelitkan unsur-unsur lucu dan pengajaran Banyak topik kemasyarakat telah dikupas oleh beliau disamping mengaitkannya disebalik cerita kisah israk mikraj itu sendiri.
Disini juga kami berkesempatan berjumpa us.Ijan dan us.Yasir yg merupakan antara rakan perawat yg bergiat aktif di sekitar Kuching. Sempat juga kami bercerita tentang perkembangan aktiviti rukyah dan situasi yang memerlukan buat masa sekarang.
26 Rejab 1430H (19 Julai 2009M)
Kami berhasrat utk mengikuti program qiamulail yg dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa Kpg Gita yg dijangka bermula 2.30 pagi. Kebetulan rumah kami bertiga tidak jauh serta memandangkan prestasi servis yg baik dan atas tujuan itu juga nampaknya sekali lagi khidmat Myvi merah diperlukan dan saya dan Asri bersetuju utk menyambung ‘kontrak pangangkutan’ berkenaan yg dijangka menyambung operasinya seawal 2 pagi.
Kenderaan kami bergerak bersahaja di kedinginan pagi yg penuh syahdu sambil mendengar alunan nasyid yg amat menyentuh jiwa.
Sampai di Masjid kelihatan sudah ramai jemaah yg mana rata2 adalah mereka yg tinggal berdekatan dan tidak ketinggalan juga jemaah wanita turut tidak melepaskan peluang untuk beribadah taatkala org lain sedang lena tidur.
Qiamulail akan dipimpin oleh Imam Masjid iaitu Ustaz Hashim Man Al-Hafiz yg juga turut dikenali sebagai perawat Islam tersohor di Kuching dimana ramai masyarakat di sekitar Kuching datang dan merujuk kpd beliau berkenaan dgn pelbagai urusan yg berkaitan dgn cara perubatan Islam termasuk kes yg berkaitan makhluk halus.
Sebelum,qiamulail dimulakan satu penerangan ringkas telah disampaikan oleh Imam sebagai panduan kpd jemaah. Bagi menghadirkan suasana dan perasaan khusyuk lampu masjid dipadamkan taatkala itulah sudah terasa kesyahduan malam ibadat yg akan diisi dgn solat sunat,zikir,doa pengharapan dan munajat.
Qiamulail telah dimulakan dgn solat taubat 2 rakaat,tahajud 2 rakaat,tasbih 4 rakaat dan diakhiri dgn solat witir 3 rakaat. Bacaan Imam begitu mendayu dan dpt didengar dgn jelas sekali sehingga menyentuh sanubari sambil diri membayang sedang berada didepan Allah Tuhan Semesta Alam. Doa,zikir dan munajat yg dilontarkan oleh Imam begitu menyentuh perasaan demi mengagungkan kebesaran Tuhan.
Qiamulail tamat tepat pada masanya dan tidak lama selepas itu azan subuh dikumandangkan.Selesai solat subuh berjemaah pengisian pagi ini diteruskan dgn ceramah israk mikraj yg disampaikan oleh Us. Hj.Kipli Hj.Yassin. Banyak ilmu yg disampaikan disamping mengaitkan peristiwa israk mikraj, beliau juga turut mengupas beberapa perkara dlm masyarakat termasuk soal halal haram dan adat dalam masyarakat melayu.
Selesai program kami bertiga menanggungkan perjumpaan kali ini dgn singgah di Bismi Café utk minum pagi sambil menyambung beberapa lagi perkara yg berkaitan dgn kerjaya masing2 memandangkan keesokkan harinya ialah mula turun kerja. Alhamdilillah pertemuan kali ini cukup bermakna kali ini.
Sebenarnya saya berhasrat utk menulis terus catatan program minggu ini utk dikongsikan bersama kpd pembaca sekalian secepat mungkin memandangkan butir2 perjalanan program masih jelas diingatan.Walau bagaimanapun,sampai sahaja dirumah mata agak terasa mengantuk tetapi saya gagahi juga utk tidak tidur terus kerana ingin menyambung aktiviti cuti iaitu membuang rumput dilaman rumah yg sudah lama juga tidak dibuat kerana agak sibuk pada minggu2 yg lepas disamping mengambil kesempatan cuaca pagi yg agak baik. Saya memutuskan utk membuat catatan apabila selesai kerja dan selepas solat zohor.
Ketika asyik membuat kerja berkenaan saya telah menerima SMS drp Asri yg bertanyakan sesuatu tentang blognya. Lantas saya terus online dan mendapati catatan minggu ini telah diterbitkan oleh Asri. Saya tidak menyangka bahawa beliau akan membuat catatan utk kali ini dan secepat ini. Suatu perkembangan yg agak sihat.
Tetapi tidak mengapalah..memandangkan saya sudah berniat utk menulis catatan ini utk dikongsi bersama, saya teruskan juga penulisan ini tetapi mengikut pemerhatian dan pandangan SIMAAS sendiri. Maka sebab itulah saya meminjamkan tajuk catatan Asri tersebut kepada ‘Israk di Tabuan, Mikraj di Gita..(Versi SIMAAS)'.
No comments:
Post a Comment