Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, July 13, 2009

IJTIMA' DUNIA-Malaysia (Sambungan..)

Sambungan..

Nak katakan langsung tidak tahu bagaimana atau apa matlamat Jemaah Tabligh tidaklah jugak, sebab sebelum ini pun memang tahu sedikit sebanyak maklumat tentang jemaah ini, tetapi atas kerelaan sendiri ditambah pula dengan sifat semulajadi saya yang kuat untuk mendalami dengan lebih dekat maksud perjuangan mereka disamping mencari pengalaman dan menambah ilmu baru, ia juga saya niatkan kerana Allah dan juga sebagai ibadah semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Mudah-mudahan keyakinan dan iman dalam diri lebih kuat dan mantap dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin mencabar setiap hari disamping dapat menghadirkan kebergantungan dan kebesaran Allah dalam hati pada setiap ketika serta zukrullah setiap masa. Selain itu penting untuk setiap muslim dalam melakukan apa saja ibadah dan pekerjaan terutama mereka yang mengamal perubatan rawatan Islam dan sebagainya.

Pernerbangan saya dari Kuching ke KL ialah pada 9.7.2009 jam 7.15 petang dan ketika menunggu panggilan masuk pesawat, saya berkesempatan berjumpa dengan 2 orang awam lelaki warga emas yang turut menyertai program Ijtima’ tersebut, jadi saya tidak keseorangan memandangkan ketiga-tiga kami kurang jelas maklumat lokasi medan Ijtima’ tersebut dan sekurang-kurangnya kami dapat bersama-sama untuk menuju ke tempat program tersebut nanti. Bilangan jemaah dari Kuching bersama kami pada waktu itu agak kurang kerana kebanyakkannya telah mengambil masa penerbangan lebih awal daripada kami.

Setelah 1 jam 45 minit penerbangan akhirnya kami sampai di KL lebih kurang jam 10 malam dan pada ketika itu kami agak terkejut dan dengan suasana di Airport kerana telah disambut dengan mesra oleh AJK pengangkutan jemaah yang lengkap berpakaian Ahlul Sunnah Wal-Jamaah sambil menghulurkan sedikit makanan ringan dan air untuk mengalas perut. Disamping itu diperhatikan begitu ramai para jemaah baru tiba yang entah dari penerbangan mana berada hampir diseluruh ruang menunggu berkenaan sama ada yang baru datang atau yang telah sedia untuk menunggu pengangkutan yang telah disediakan percuma oleh penganjur program untuk dibawa bergerak ke medan Ijtima'.
Lebih kurang 15 minit perjalanan kami sampai di medan Ijtima' dan dari jauh dapat diperhatikan kelihatan di medan tersebut begitu ramai sekali manusia yang berkumpul sehingga memerlukan khidmat pihak polis bagi mengawal kawasan keluar masuk bagi mengelak kesesakan lalulintas. Banyak jalan keluar masuk telah ditutup bagi memberi ruang khas kepada program ini.

Oleh kerana orang sangat ramai dan khemah yang agak banyak dan besar serta medan yang agak luas, kami terpaksa minta bantuan salah seorang jemaah disitu untuk menunjukkan jalan dan tempat khemah bagi jemaah dari Kuching. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya kepada sekumpulan jemaah dari Kuching dan terus mendapatkan ruang tidur dikhemah tersebut bersama-sama mereka.

Pandangan yang jarang saya lihat secara dekat ialah dapat berpeluang melihat perkumpulan yang penuh dengan manuisa dibawah satu khemah dimana ia dapat menampung lebih kurang 20 ribu orang dimana setiap jemaah telah ditetapkan ruang mengikut negeri masing-masing. Di ruang jemaah Kuching ini jugalah saya berkesempatan berjumpa dengan ramai kenalan dan sahabat lama disamping mendapat kenalan baru dan juga org awam. Antara mereka yang saya maksudkan ialah ialah bekas para Pensyarah Politeknik, Pengetua Kolej Komuniti, Pensyarah UiTM, Ustaz2, Pelajar2 Madrasah, Universiti, Guru2, rakan sekerja, para pegawai kerajaan, rakan persekolahan, bilal2, imam2 dan ramai lagi.

Antara pengisian Ijtima' tersebut adalah Bayan selepas Subuh, Asar, Maghrib dan selebihnya ialah lain2 program seperti bacaan taklim,fikir harian,bentuk jemaah,tasykil dan sebaginya.Makan pagi adalah selepas Bayan Subuh dan makan malam adalah selepas Bayan Isya'.

Sepanjang 3 hari 3 malam mengikuti program saya mengambil kesempatan untuk menambah beberapa amalan sunat lain seperti zikir, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Saya dapat merasakan agak terasa kelainan mood ibadah ketika itu mungkin ia adalah tanda keberkatan dari program berkenaan terutama sekali ia dihadiri oleh empat Maulana utama dari India dan Pakistan ditambah pula dengan suasana manusia yang sibuk melakukan ibadah masing-masing.

Kebiasaannya Bayan yang disampaikan adalah panjang. Walau bagaimana pun disini saya kongsikan petikan Bayan Hidayat dari Maulana Saad untuk renungan bersama.

"..Kita membuat amal dengan ilmu. Tanpa ilmu kewujudan ibadat tiada. Ibadat yang kosong dari ilmu sebenarnya bukan ibadat. Ibadat tanpa ilmu tidak diterima oleh Allah. Belajar ilmu adalah fardu ain sebagaimana fardu ain untuk belajar iman. Wajibnya kita sebahyang sebagaimana wajibnya kita menuntut ilmu. Ada orang anggap ilmu bukan wajib setiap orang mempelajarinya..

..Untuk menjadi muhaddis adalah fardu kifayah, tetapi untuk megujudkan ilmu bagi setiap amalan kita adalah fardu ain bagi setiap orang mukmin samada ia pemerintah atau yang diperintah, samada ia pekerja atau majikan, setiap orang bertanggunjawab mencari ilmu. Kejahilan yang besar apabila org bukan islam mengatakan kamu belajar ilmu sains itulah ilmu, kamu belajar semua benda2 didunia itulah ilmu. Apa saja yg berada diantara bumi dan langit yang kamu belajar itulah ilmu.

Inilah kejahilan yang datang kepada umat ini, mereka telah ditipu oleh orang bukan Islam. Ilmu sebenarnya ialah bagaimana kita mencari keredhaan Allah dan perintah2 Allah itulah ilmu. Apa kehendak Allah itulah maksdu ilmu. Kita perlu usaha apa yg Allah ingin kepada kita. Kita perlu tahu apa yg Allah perintah kpd kita. Semua yg dipanggil ilmu tadi adalah maklumat dan tidak layak dipanggil ilmu. Ilmu sebenar yg mana kita dpt mengenal Allah dan dpt mengenal perintah2 Allah. Apa yg dikehendaki oleh Allah.Maksud ilmu ialah bagaimana boleh mejawab soalan dalam kubur".


Saat yang ditunggu adalah doa dari Maulana Saad yang biasanya akan dibuat apabila selesai Bayan Hidayat pada hari terakhir Ijtima'. Namun memandang Bayan Maulana tersebut belum lagi menandakan tanda2 untuk selesai...ketika sedang khusyuk..rakan saya telah pergi ke arah saya untuk mempelawa saya supaya berangkat balik bersama2 mereka kerana pengangkutan ke airport sedang menunggu. Saya menolak dengan berhikmah kerana berhajat untuk menunggu doa bersama2 dari Maulana. Saya melihat jam ditangan yang semakin meghampiri jam 11 pagi.

Saya terus menunggu dengan harapan supaya Bayan tersebut selesai buat masa terdekat. Akhirnya oleh ustaz Alias menerpa saya mempelawa untuk bergerak bersama2nya balik ke Airport kerana masa penerbangan semakin dekat dan khuatir akan terlepas flight. Sukar nak digambarkan bagaimana perasaan ketika itu dan tak mampu nak buat apa2 dan pasrah dengan kesuntukkan masa serta beserah kpd Allah kerana saya yakin bahawa Allah tahu apa yang ada dalam hati hambaNya.

Berat rasa hati nak meninggalkan medan Ijtima'. Sesungguhnya terlalu byk hikmah disebalik program tersebut hanya Allah sahaja yg Maha memberi keberkatan petunjuk dan hidayah. Terlalu besar pengorbanan penganjur yg terdiri daripada para Jemaah Tabligh sendiri yg berkorban masa, tenaga, jutaan wang ringgit yg boleh dihadiri oleh semua umat tanpa bayaran satu sen pun semata-mata utk menyeru dan meningatkan sesama manusia supaya dpt mengerjakan perintah2 Allah.


Fakta Ijtima' Dunia Malaysia 2009

1.Kali terakhir Ijtima' Dunia diadakan di Malaysia ialah pada tahun 1982.
2.Dianggarkan bilangan yang mengikuti Ijtima' ialah 200,000 orang.
3.Anggaran kos keseluruhan terlibat ialah RM11 juta.
4.Tiada yuran bayaran untuk Ijtima'
5.Sebahagian besar khemah disewa khas dari Arab Saudi.
6.Satu khemah dianggarkan boleh memuatkan 20,000 orang.
7.Sebanyak 12 buah khemah telah digunakan.
8.Sebanyak 2000 tandas sementara telah dibina khas untu program.
9. Empat orang Maulana tersohor telah menyempurnakan Bayan termasuk dari India dan Pakistan.
10.Antara Pemimpin Malaysia yang turun padang ke Medan Ijtima' ialah Ketua Menteri Negeri Sembilan, Perdana Menteri dan Timb.Perdana Menteri, Mursyidul Am PAS, Penasihat PKR, Yang DiPertuan Negeri Sembilan.


Berikut adalah suasana dikhemah dimana saya hanya dapat mengambil gambar hanya disekitar khemah Jemaah Kuching sahaja memandang AJK Program tidak membenarkan berbuat demikian sepanjang tempoh Ijtima' berlangsung.














































2 comments:

Anonymous said...

ada 14 khemah sebenarnya, khemah ke 13 utk pekerja bangladesh yg ada di malaysia, khemah 14 utk jemaah dari cina, thailand dan lain2 negara dari sekitar asia. sy iktikaf di khemah 12 (zon batu pahat)


zaki
http://geocities.com/jakionline_inc

Editor SIMAAS, said...

Salam,terima kasih di atas pembetulan maklumat dr tuan zaki.Alhamdulillah sehingga saya msh terasa kesan roh istima' berkenaan.

Related Posts with Thumbnails