Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, July 1, 2009

KISAH RUQYAH 3 : Jin dari Indonesia


Lokasi di Jalan Temenggong Haji Gobeilt :

Saya menerima panggilan daripada Asri (Kitabkehidupan) menyatakan ada seorang rakan telah menelefonnya dimana ada seorang wanita telah kerasukan sejak 2-3 hari yang lepas minta dirawat dengan segera kerana keadaan kerasukan tersebut agak teruk dan sukar dikawal oleh ahli keluarganya.

Saya bersetuju untuk membantu beliau pada malam tersebut dan mencadangkan kepadanya supaya mendahulukan solat dahulu memandangkan rakan yg menelefon tersebut agak mendesak melihat keadaan wanita berkenaan, walaupun masa telah menghampir waktu maghrib. Asri bersetuju dgn saya dan selesai sahaja solat kami terus saja bergerak ke rumah pesakit.

Setiba saja disana kami melihat ahli keluarga sedang menunggu sambil cuba menenangkan pesakit wanita berkenaan. Asri mulakan dgn muqadimah dan sehinggalah sampai surah pertama Al-Baqarah jin dalam badan wanita tersebut mula berdialog.

Asri : Kau siapa?
Jin : Aku datang dari jauh.
Saya : Jauh tu mana?
Jin : Aku datang dari Indonesia.
Asri : Buat apa sibuk2 datang dari jauh nie..apa tujuan kau?
Jin : Aku ingin memporak-porandakan keluarganya.
Saya : Kenapa?
Jin : Sebab suaminya telah.....(jin kononnya menceritakan perbuatan curang suami wanita tersebut)
Asri : Sudah..cukup kami tak nak dengar lagi, kami mahu kamu keluar sekarang.
Jin : Aku tak nak keluar (jin ini mulanya berdegil tetapi setelah diberikan amaran barulah ia setuju untuk keluar)

Tanpa membuang masa kami menawarkan jin tersebut masuk Islam dan Alhamdulillah ia bersetuju dengan tawaran tersebut dan terus diIslamkan. Saya membantu Asri menarik keluar jin tersebut dan dengan izin Allah jin tersebut telah keluar dan wanita tersebut sedar tetapi masih lemah.

Sambil menerangkan dan mengajar cara mendinding diri kepada wanita berkenaan dan ahli keluarganya, saya membantu dengan meruqyah air sebagai minuman dan mandian kepada rawatan susulan.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah.


Nota:
Jangan percaya kepada apa yang diucapkan oleh jin kerana kebanyakkan apa yang diucapkannya adalah dusta. (Maksud Hadis)

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, ada juga pejuang-pejuang di negeri kelahiranku. Semoga apa nak dipolah kita dirahmati Allah SWT. Si Alangjingga http://terapijiwa.comm

SIMAAS said...

Si Alangjingga, salam taaruf..

AjeRi said...

Semuanya atas izin Allah. Berdialog dengan jin perlu kepada ketelitian. Jgn percaya bulat-bulat dengan apa yg dituturkan oleh jin melalui lidah pesakit. Hanya dengan hidayah, taufik dan belas kasihan Allah shj yg dpt menyelamatkan kita dr tipu daya jin.

Setiap perawat hendaklah bijak membaca keadaaan. Saya bukanlah seorang yang berilmu tinggi, namun Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dr guru dan rakan2 seperjuangan saya dan rakan saya Wan Sudirman mampu mengetahui sama ada jin tersebut berbohong atau tidak.

Semuanya atas izin dan belas kasihan Allah.

Editor SIMAAS said...

Benar tu..ya sahabat!
Mudah2an iman kita semakin mantap dan yakin dimana semua yg berlaku adalah di atas kuasa Allah semata-mata.

Anonymous said...

Betul jangan percaya dan tidak perlu menggunakan teknik menguji samada jin berkata benar, sebab ini juga akan membawa kepada musibah dan fitnah susulan yg lebih besar, lantas dia akan berjaya sebenarnya memporak perandakan keluarga itu. Syabas, Alhamdulillah.

RajaMenangis

Anonymous said...

syabas kepada pejuang2 fisabilillah


syukur alhamdulillah..........


RajaGempur

Related Posts with Thumbnails