Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, August 18, 2009

Kisah Disebalik Gotong-royong (Sambungan..)

Pada hari Sabtu 15 Ogos 2009, saya telah mengadakan satu gotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung untuk membersihkan sebuah masjid. Ini kerana masjid berkenaan telah dimasuki oleh tanah dari bukit akibat dari hujan lebat berlarutan selama 3-4 hari tanpa henti pada awal tahun ini sehinggakan tanah yang bercampur dengan air hujan telah melimpah hampir diseluruh ruang lantai masjid tersebut memandangkan masjid berkenaan terletak betul2 di kaki bukit.

Alhamdulillah gotong-royong telah berjalan dengan lancar serta penuh dengan semangat kekitaan dan persaudaraan. Walau bagaimanapun ada cerita disebalik program murni berkenaan.

Sambungan..
Baiklah, saya akan mulakan cerita dgn apa yang dapat saya perhatikan sepanjang gotong-royong tersebut diadakan iaitu berkenaan semangat kerjasama yg telah ditunjukkan oleh penduduk semasa melakukan kerja membersih dan membuang tanah yg terdapat hampir diseluruh ruang lantai masjid yg mana tanah yg memasuki bermula dari bahagian belakang. Jika dipandang dgn mata kasar agak mustahil utk membuang serta membersihkan serta memulihkan keadaan lantai masjid yg dipenuhi 70% tanah bukit dan terdapat juga beberapa ketul bongkah batu seberat 2-3 tan setiap satu lebih-lebih lagi utk disiapkan dalam tempoh satu hari.
Masjid tersebut adalah satu-satunya masjid yg terdapat di kampung berkenaan dan selebihnya adalah surau yg cuma mampu memuatkan sekitar 50-100 orang jemaah sahaja. Bukan itu sahaja kedudukan masjid ini agak strategik dimana dpt dilihat dgn jelas dari arah masuk sungai dan terletak ditepi jalan utama agak mencacatkan permandangan sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja tanpa dibersihkan lebih-lebih lagi umat islam akan menyambut bulan ramadan tidak lama lagi.
Masjid yang dulunya hidup dgn laungan azan dan solat lima waktu tiba2 sahaja lumpuh dek kerana diuji oleh Allah dgn sekecil bencana sehingga menyebabkan masjid dimasuki dan dikotori tanah walau pun tidak merosakan struktur asas masjid, cuma itu sahaja sudah menyebabkan hati sesetengah pihak berbelah bagi utk memulih dan menggunakannya semula atau membiarkan ia begitu sahaja.
Bagi mereka yg berjiwa masjid dan berfikiran terbuka ia bukan suatu halangan utk meneruskan usaha murni tersebut walaupun tidak disenangi atau dipersetujui oleh beberapa pihak termasuklah ketua-ketua masyarakat dan mereka yg dipertanggungjawabkan di daerah tersebut.
Gotong-royong tetap diteruskan oleh penduduk secara sukarela dimana pada hari berkenaan dpt dilihat lebih 100 org telah menyertai program tersebut termasuklah org tua, dewasa, belia, pemuda, kanak2, dan wanita telah melakukan kerja dgn bersemangat dan gembira kerana dpt meluangkan masa memberi khidmat bersama ketika itu walau pelbagai andaian dan persepsi dilontarkan. Dan lebih membanggakan lagi ialah makan dan minum utk gotong-royong hari tersebut adalah hasil collection dari penduduk yg menyertai program itu sendiri utk sama2 merasai susah payah dan menyemai semangat kekitaan.
Alhamdulillah, Allah telah memudahkan perjalanan program berkenaan dan selesai sepenuhnya pada sebelah petang. Masjid berkenaan nampak hidup dan kembali berseri serta dpt diperhatikan juga wajah kepuasan mereka yg menyertai gotong-royong tersebut seolah-olah ada satu harapan baru simbolik hasil dari kerja berkenaan. Walaupun pada hakikatnya sebelum gotong-royong dijalankan keadaan masjid seperti terus lumpuh, tetapi hati penduduk diharapkan tidak mudah lumpuh disebabkan oleh beberapa cubaan dan halangan yg sentiasa mendatang.
Cerita Sebelumnya..
Saya ada mendengar cerita dari bilal masjid tersebut dimana pada suatu malam beliau ada bermimpi melihat ramai orang berada dalam masjid tersebut walaupun masjid berkenaan sudah lama tidak digunakan semenjak bencana menimpa. Apabila melihatnya beliau menjadi takut dan akhirnya mengigau 'mimpi depan'.
Satu lagi cerita yang saya dengar ialah ada 3 orang lelaki yang musafir ingin bersolat tetapi telah dimaklumkan oleh penduduk disitu bahawa masjid tidak dapat digunakan untuk solat. Walau bagaimana pun mereka bertiga ini ialah orang yang tahu adab masjid datang juga sekadar memberi salam dipintu masjid berkenaan dan tiba-tiba salam mereka bersahut dari dalam masjid berkenaan.
Ikuti suasana program tersebut seperti pada gambar yang telah diambil semasa gotong-royong berkenaan.



















1 comment:

Editor SIMAAS, said...

wa'alaikumussalam Bujang Susah,

Terima kasih atas nasihat dan komen. Panduan yg diberikan amat berguna sekali.Dulu dizaman mulanya kdtgn Islam perjuangan dan peperangan mgunakan pedang,sekarang kita boleh menyambung kesinambungan perjuangan tsbt mggunakan media elektonik. Moga kepakaran yg dimiliki masing2 dpt disebarkan kpd mereka yg lain.

Datang dan selalulah berkunjung utk memberi pandangan dan komen anda.

Syukran.

Related Posts with Thumbnails