Assalamualaikum wbt..
Rasanya baru semalam merayakan AidilFitri esok pula kita merayakan AidilAdha. Seolah-olah terasa terlalu cepat masa berlalu. Sesungguhnya setiap perayaan itu memberi pengertian dan makna tersendiri dalam kehidupan kita pada era kehidupan zaman sekarang. Termasuklah erti pengorbanan yang dizahirkan oleh umat zaman ini melalui sejarah pengorbanan yang telah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Hari Raya Korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya (Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.
10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.
10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.
Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan dalam ertikata sebenar serta berusaha menterjemahkannya melalui perjuangan berterusan kita menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah yang sedang tenat oleh perbuatan yang dilakukan oleh makhluk bernama manusia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
Ikhlas daripada:
[ Editor SIMAAS - Wan Sudirman ]
Bonus:
Gambar-gambar mengimbas kembali suasana ibadat haji oleh umat islam pada era 1940-an
1 comment:
salam aidil adha wat kmu dan saudara2 yang mmbaca blog kmu ni......
Post a Comment