Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, December 25, 2016

Kemalangan Tragis!


14 maut bas ekspres jatuh gaung


SABTU, 24 DISEMBER 2016 @ 7:43 AM

PAGOH: Seorang pemandu dan 13 penumpang bas ekspres maut, manakala 16 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke dalam cerun sedalam 10 meter di Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangar, dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi.

"Sebuah jentera dan sebuah kenderaan ERMS bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pada masa sama, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan ke lokasi sama.

Selain itu, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah seorang pegawai dan lima anggota bersama sebuah jentera.

"Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan.

"Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Bagaimanapun kemudian, seorang penumpang yang cedera meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Sementara itu, polis mengesahkan jumlah kematian terkini dalam nahas bas ekspres kira-kira jam 3.25 pagi itu ialah 14 orang iaitu 10 perempuan termasuk kanak-kanak dan empat lelaki.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, ASP Suhaimi Ahmad, seramai 12 warga tempatan (empat lelaki, lapan perempuan termasuk kanak-kanak) dan dua wanita warga Singapura.

Selain itu, seramai 16 penumpang lain cedera membabitkan tujuh lelaki warga tempatan, enam warga Singapura dan dua lelaki Myanmar dan seorang lagi wanita yang belum dikenal pasti identitinya.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Related Posts with Thumbnails