Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Thursday, December 29, 2016

Sementara Pintu Syurga Masih Terbuka

*SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:*

Menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,
*"Telah HILANG lah PINTU SYURGA* di RUMAH saya..."
Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ??*
Ini satu PERKATAAN orang berILMU, orang yang MENGETAHUI !!

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
*“TIDAK lah aku MENANGIS karena KEMATIAN,* kerana yang *HIDUP pasti akan MATI !!*

Akan tetapi yang *MEMBUAT ku MENANGIS* kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*...
Maka *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* pada HARI INI dan *TIDAK akan di BUKA sampai hari KIAMAT
Aku memohon pada *ALLAH SWT* agar aku boleh menjaga *pintu SYURGA yang keDUA ”.*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda *Rasulullah SAW* dari *Abu Darda RA*  *Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
*ORANG TUA* ( ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* paling tengah .
Kamu boleh *SIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBUBAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,* dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT* kpd *KEDUA* nya, *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUA*nya...
Maka *ALLAH* akan beri ganjaran *SYURGA !!*
*TETAPI* siapa *MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, *TIDAK* berbuat baik pada *IBUBAPA*nya, akan *TERLEPAS PELUANG* ke *SYURGA !!*
Bahkan mereka itu *CELAKA*  !!
*Rasulullah SAW* bersabda,
*"CELAKA, CELAKA, CELAKA ",*
Lalu ditanyakan pada *Baginda,* *SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*
Maka *Baginda* bersabda :
*"SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* . *(HR. Muslim)*

Saya nak mengajak kamu semua agar *TIDAK MENSIA-SIA kan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kamu*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU* itu dengan *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUAnya* .
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...*
JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yg diibarat kepada *IBUBAPA* yang *ALLAH KURNIAkan* dirumah kita .

Dalam hidup kita, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk ke *SYURGA,* samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU meREBUT*nya atau TIDAK !!
KEMUDIAN *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini, MAKA *TERTUTUP lah SATU lepas SATU* kesempatan untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* keatas *IBUBAPA* kita !!
*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, *TETAPI* mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *KEMBALI nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

*SANTUNI lah IBUBAPA* mu sementara mereka *MASIH ADA,* sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA !!*

SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT SEKALIAN SEBAGAI INGATAN SEMOGA JADINYA KITA ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH (.)

SEMOGA BERMANAFAAT

No comments:

Related Posts with Thumbnails